Friday, 9 December 2011
Nikah bukan perkara main-main.
Friday, 11 November 2011
Asing yang kembali asing.
Wednesday, 26 October 2011
Learn to appreciate.
Thursday, 6 October 2011
Seeds of Discipline: Excellence Is a Habit
Habits begin as offhand remarks, ideas and images.
And then,
layer upon layer,
Through practice
they grow from cobwebs into cables that shackles or strengthen our live.
Habits are like submarines.
They run silent and deep.
First we make our habits,
then our habits make us.
Habits are like a comfortable beds
They are easy to get into,
But difficult to get out of.
Winning and Losing are both learned habits.
-DENNIS WAITLEY-
P/s: Its been two weeks at terengganu. feels awkward when i tried to suit myself with the environment, weather,foods,social lifestyle and etc..
Saturday, 17 September 2011
SYAIR MA’RIFAT
Pahamkan olehmu di dalam hati
Kepada guru mintalah pasti
Tulus dan yakin kedua mati
Inilah bekal tatkala mati
Apabila mufakat empat ma’na
Agama Islam baharulah sempurna
Apabila mufakat empat di sana
Mengenal dzat Tuhan yang Ghana
Fakir khabarkan suatu pendapat
Tatkala mencari ilmu ma’rifat
Sepohon kayu cawangnya empat
Buahnya diambil tiada dapat
Kayunya tinggi bukan kepalang
Buahnya banyak tiada berbilang
Warnanya indah amat cemerlang
Hendak diambil dibawa pulang
Mengambil buahnya hendak mendapat
Tuntut olehmu dengan isyarat
Fi’il yang baik dengan martabat
Mintak diguru janganlah bai’at
Tuntut olehmu dengan pengguruan
Tiadalah jadi dengan tiruan
Serta tarikat mengenal Tuhan
Hakikat ma’rifat sempurna jalan
Adalah ibarat fakir yang hina
Sepohon kayu banyak ma’nanya
Jikalau pohon tiada sempurna
Cawang dn dahan tiada berguna
Jikalau sempurna pohon itu
Cawang dan dahan terhimpun di situ
Buah dan bunga di sanalah tentu
Baiklah fakir hati di situ
Baik-baik tuan kita menerima
Kepada pohonnya ialah sempurna
Daun dan buah tiada sama
Masing-masing berlainan nama
Jikalau diibarat saja kelapa
Kulit dan isi tida serupa
Janganlah kita bersalah tapa
Tetapi beda tiadalah berapa
Sebiji kelapa ibarat sana
Lafadnya empat suatu ma’na
Di situlah banyak orang terkena
Sebab pendapat kurang sempurna
Kulitnya itu ibarat syari’at
Tempurungnya itu ibarat tarikat
Isinya itu ibarat hakikat
Minyaknya itu ibarat ma’rifat
Syariat itu ibarat tubuh
Tarikat itu jalan yang teguh
Hakikat itu bersungguh-sungguh
Ma’rifat itu seperti suluh
Baik-baik I’tikad kita sempurna
Supaya I’tikad kita sempurna
Jikalau bercerai lafadh ma’na
Akhirnya tiada berguna
Jika tuan menuntut ilmu
Ketahuilah dulu keadaanmu
Man ‘arafa nafsahu kenal dirimu
Faqad ‘arafa rabbahu kenal Tuhanmu
Kenal dirimu muhadath semata
Kenal Tuhanmu qadim dzatnya
Tiada bersamaan itu keduanya
Tiada semisal seupamanya
Adapun dikata ma’na yang empat
Iman, Islam, tawhid, ma’rifat
Keempatnya itu suatu tempat
Kurang dituntut tiadalah dapat
Tamatlah sudah Syair Ma’rifat
Syaikh Abdur-Rauf mengarang di Aceh
Fakir menyalin kurang nan dapat
Jangan dicela jangan diupat.
Friday, 16 September 2011
Doa Husnul Khootimah
( YA TUHAN KAMI, SESUNGGUHNYA KAMI MENDENGAR (SERUAN) YANG MENYERU KEPADA IMAN, “BERIMANLAH KAMU KEPADA TUHANMU”, MAKA KAMIPUN BERIMAN. YA TUHAN KAMI, AMPUNILAH BAGI KAMI DOSA-DOSA KAMI DAN HAPUSKANLAH DARI KAMI KESALAHAN-KESALAHAN KAMI, DAN WAFATKANLAH KAMI BESERTA ORANG-ORANG YANG BANYAK BERBAKTI. YA TUHAN KAMI, BERILAH KAMI APA YANG TELAH ENGKAU JANJIKAN KEPADA KAMI DENGAN PERANTARAAN RASUL-RASUL ENGKAU. DAN JANGANLAH ENGKAU HINAKAN KAMI DI HARI KIAMAT. SESUNGGUHNYA ENGKAU TIDAK MENYALAHI JANJI.”)
1 Jam 58 saat
wani, alin, qeena and arina. |
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
3.08 pagi ,Jumaat. Semua manusia normal sedang nyenyak tidur. Aku dari tadi tak dapat tidur dan asyik berdating dengan alam maya. Biasa bagi aku bila orang berkata “arina hidup dalam dunia sendiri”. Terlintas di hati aku nak bertanya khabar ukhti Q yang dah lama aku tak berborak. Terkadang aku terfikir bagaimana dia di borneo. Elok kah, sihat kah, okay kah…
Sebentar tadi baru sahaja aku meluangkan masa 1 jam tidur aku dan Q dengan berlughah heheh. Rasanya dah lama tak berborak panjang. I still remember the time when kita lepak kat mesin gedegang A5 and we were like talking for 1 hour solid. Mostly kau yang banyak cakap, and aku suka mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kau. Hoho.. I don’t know why.
It’s good to hear a better news from you, sebab aku pun sedang mengalami proses pentarbiyahan secara perlahan-lahan.
Lillahitaala for the first point of our conversation;
1] Islam itu mudah.
2] hijab para wanita
3] alam cinta dan perkahwinan
4] cara pentarbiyahan menggunakan analogi
5] buku tautan hati by ukhti Fatimah Syarha (may Allah bless her in all of her good writings)
Wednesday, 14 September 2011
Tersenyum melihat langit.
“dulu,
masa kita kecik kecik.
bila kita malukan mak ayah kita,
bila kita menjerit kuat kuat di tengah orang ramai.
bila kita melenting membentak bentak di kaki jalan.
bila kita jatuhkan barang dipasaraya.
bila kita pecahkan barang dikedai.
mak ayah tak pernah pula kata kita bukan zuriat mereka.
diaorang tak pernah kata, kau bukan anak aku.
tapi hari ini.
bila mak ayah kita datang melawat kita.
bila mak ayah kita tak sempurna.
bila pakaian mak ayah kita tak bergaya.
bila kita rasa mak ayah kita buruk,
kita malu mengaku,
itulah ayah dan bonda kita.
kenapa?
hargailah ayah dan bonda.
tanpa mereka, bagaimana kita mungkin ada?”
P/s: Bila dah hilang apa yg kita ada dan sayangi,
meratapi perkara yg telah kita lakukan
adalah perkara yg sia2.
Nasihat untuk diri sendiri
Hablum minAllah, Hablul minnas...
souls and death
— (39:42)
Everyone shall taste death. |
Friday, 2 September 2011
Wahai kaum adam yg pening lalat...
why not spend your time reciting surah al - kahfi instead watching korean drama what so ever programme.
Adam,
why are you abandoning Juma'at prayer without a single reason.
there are a lot of reason for Hawa not to join all of you to perform solah
the clear reason is it will cause persecution among you Adams...
that's why we are preferably perform our solah inside the house.
Adam,
The Prophet said: "People should stop missing friday prayers otherwise Allah will put a seal onto their hearts and thus they will be among the heedless"
[MUSLIM]
Adam,
regarding to what you've missed the friday prayers, you have to pray the zuhur prayer with the intention of zuhur whether you missed it without prior reason or not.
However Adam, you're sinful for missing it without a solid reason.
Nonetheless your zuhur prayer is acceptable if you perform after the imam perform the juma'at prayer.
but if you did before imam perform it,you have to pray the zuhur again as Ibn Qudaamah said.
Dear Adam,
If you seek Allah's forgiveness, He will accept your du'a to repent.
Your disobedient and the way you neglect Allah's obligation to you are way to much,
you should remember the bounties of Allah which He bestowed on you.
He created you as a musleem and give you the ability to attend the Friday prayers.
Allah knows what's best for us..
InsyaAllah.
Wallahu musta'aan...
after ramadhan, what is it???
P/s: =_="
what happen to me after ramadhan? astaghfirullahal'azim...
P/s2: within this ramadhan, a lot of people I saw reciting al quran, but now they put the holy quran on the shelf until the next ramadan. are you the one who did that? better not to...
-Imam Ali (as)
P/s: This quote should be written in all of the birth cert...
|
Thursday, 1 September 2011
Apa yang tinggal padaku?
"yen wis tibo titiwancine kali-kali ilang kedunge,pasar ilang kumandange, wong wadon ilang wirange mangka enggal-enggala tapa lelanah jlajah desa milang kori patang sasi aja ngasik balik yen during olih pituduh (hidayah) saka gisti Allah"
ertinya:
"jika sudah tiba masanya sungai2 hilang kedalamannya (banyak orang yg berilmu tidak mengamalkan ilmunya, pasar hilang gaungnya ( pasar orang beriman adalah masjid, jika masjid2 tiada azan, wanita hilang malunya (spt tidak menutup aurat dsb), maka cepat-cepatlah kalian keluar 4 bulan dari desa ke desa (dari kampung ke kampung) , dari pintu ke pintu (dari rumah ke rumah untuk berdakwah). Jangan lah pulang sebelum mendapat hidayah dari Allah swt..."
P/s: Kalau kita buat dakwah berpegang dengan asas dakwah ini maka dakwah kita akan mirip dengan dakwah rasulullah saw dan sahabat sehingga akan menjadi asbab hidayah ke seluruh alam.
Monday, 29 August 2011
takda kena mengena.
1- weh, tak payah raya. kau tak puasa full
2- lahhhh~ ramadhan pun kau tak raikan bebetul, toksey pikir raya laaa
3- banyak barang tak beli, takpa la raya sempoi
4- banyak dosa sangat... kenapa!!!!
5- kalau kau raya, badan kau kembang, makan tu makan ni. baik puasa.
6- duh~ you are soooo boring. benci tengok muka kau benci!!!!
P/s: tarawikh tadi, ramai muslimah jugak la yg hadir. best. cuma aku nak tidur juga. tapi aku gagahkan.. aku tak la makan banyak masa iftar tadi, aku bantai meehooonn je.
P/s2: rasa tak layak da kawan ngan siapa2. sebab diri ni memang tak layak. baik jauhkan diri. betul la cakap shiemilionaire..baik diam.
P/s3: hidup tak semestinya indah. laluinya dengan rasa... WOW factor...
selamat hari raya, maaf zahir dan batin, taqabballah minna wa minkum.
Sunday, 28 August 2011
Kau , ya kau!
a perfect day for a perfect eid,
Raya this year i dont feel like 'em.
Just simple because i dont feel like it.
P/s: 2 hari terakhir di surau. kakak niqab tu takda. maybe dah balik kg, on jumaat. =)
well, solat tarawikh yg wonderful. semalam aku terhangguk2 dalam surau sebab letih sangat. adei.
tapi takda la extreme sangat hangguk2 tu.
P/s2: I made two jars of cookies for this raya, its famous amos and samperit perit (look like a butterfly and a sampan made of logs) duhhh~
Sunday, 21 August 2011
Baru aku faham...
Menangisi Malam Penentuan
macam mana nak tempuh imtihan ini?
jangan dipegang saja tangan mereka,
kerana genggaman tangan tak begitu kuat,
rangkul lah, dakap lah mereka supaya tak terlepas dari pandangan matamu,
yakni orang yang boleh merosakkan kita, dunia akhirat.
jauhilah mereka yang benar-benar tidak boleh menerima teguran dan nasihat selepas berusaha.
semoga perjuangan ini diberkati Allah selalu. InsyaALLAH.
P/s: malam ke sepuluh terakhir hari tu (hari jumaat) , aku dapat peluang solat sebelah kakak berniqab tu... MasyaAllah... sangat hebat. ntah, aku tk tahu apa perasaan aku. nak nanges, memang nanges pun, tapi bukan nanges sebab dia, tapi aku nanges sebab aku banyak dosa. aku hambaAllah yang hina. aku terdengar perbualan dia bersama rakan dia masa ceramah agama, hihi...dia ustazah sekolah tahfiz. dia hafal ayat AQ... aku? baru terkedek2 nak hafal balik. tapi hafal tetap hafal bersama penghayatan. InsyaAllah. mumtaz arina!
Thursday, 18 August 2011
sahabatiah...
Sahabat yang baik adalah seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati,
Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka,
Jika itu aku dapatkan,Aku berjanji aku akan selalu setia bersamanya,
Kuhulur tangan kepada Sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang,
Semakin ramai aku peroleh sahabat, AKU SEMAKIN PERCAYA DIRI.
(imam shafie)
P/s: masa di surau tadi, aku ternampak perempuan berpakaian jubah coklat gelap dan berpurdah (aku tak pasti sama ada niqab atau purdah), cumanya... terdetik dalam fikiran aku, bila masa aku akan sampai begini. aku tak berani nak salam pun masa nak balik, why? aku malu dengan diri aku sendiri. lepas salam makcik dua belah aku, aku terus keluar dan berjalan pantas balik ke rumah. still, kenapa aku macam ni? aku tak sedap hati, aku rasa pelik, aku rasa gelisah...
walhal, aku tahu kenapa aku jadi begini. insyaAllah, hidayah Allah tu datang bila kita cari betul2. semoga Allah sentiasa bersama aku dan semua orang yg aku kasihi dan temui selama aku hidup.
Monday, 15 August 2011
bismillah. isnin hujan di kuala lumpur.
macam hujan turun, sekejap ada...sekejap takda.
macam tu ke iman aku?
aku harap berterusan agar dapat aku menuju mardhatillah.
aku pandang mujahidah.
perubahan kena perlahan2... hanya Allah je mampu.
jangan kerana orang sekeliling...kita terkinjal2 macam monyet.
BETTER STOP FILLING EVERYONE WITH YOUR CHILDISH IMITATE,
BE WISER AS YOU GROW OLDER BECAUSE YOU'RE NOT GETTING YOUNGER AND YOU'RE ALMOST NEAR TO GOD'S CALL.
COLLECT REWARDS BUT NOT SINS. STOP MAKING FACEBOOK AS YOUR SIN'S COLLECTOR.
Thursday, 4 August 2011
Praise to Allah SWT
"I only complain Of My grief And sorrow To Allah"
Monday, 1 August 2011
Am I the Black sheep In my family?
P/s: solat sunat tarawikh kedua memberi makna bila mak ikut bersama dengan adikku. <3
YA ALLAH YA TUHANKU, SEMOGA RAMADHAN YANG PENUH BARAKAH INI MEMBERI SERIBU KEINSAFAN KEPADAKU UNTUK MENJADI MUSLIMAH YANG SENTIASA MENGINGATIMU. PERUBAHAN YANG AKU LAKUKAN TERHADAP DIRIKU INI KUBERDOA SENTIASA KONSISTEN DAN MENINGKAT. YA RAHMAN YA RAHIM, AKU MEMOHON AKU DIRIKU, KELUARGAKU, KAUM KERABATKU, DAN KAWAN2 KU SENTIASA BERADA DI JALAN FISABILILLAH. ROBBANA AATINA FIDDUNYA HASANAH WA FIL AAKHIRATI HASANAH WAQIKANA AZABANNAR. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.
Wednesday, 13 July 2011
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
’Enter’ the masjid,
‘Forward’ your solat,
‘Download’ pahala,
‘Firewall’ your iman,
‘Backspace’ from syaitan,
‘Bookmark’ to ALLAH SWT,
’Delete’ ALLAH’s enemies,
‘Copy paste’ from the Al-Qur’an and Sunnah,
‘Help’ your muslim brothers n sisters,
‘File’ your amal,
‘Edit’ your akhlaq
‘View’ your good and bad deeds,
‘Search’ the straight and right path,
And InsyaALLAH you will never get ‘virus’
Perempuan minat MUSE , tak boleh ke?
boleh pulakkan hari ahad band paling best dengar ialah MUSE (May U See Everything). serious, aku memang dengar lagu2 sebegini hari ahad. tatahu kenapa.
Band ni originate from england. (ade korang kisah? tak masuk exam)
Tuesday, 12 July 2011
Monday, 11 July 2011
Slot Zehra Tahajjud Cinta.
Sunday, 10 July 2011
sleep.
p/s: salah aku jugak makan daging kambing. kene hujan ketika buat catering di tengah2 district chow kitt ni. roadblock segala dan aku bukan orang bersih.
Thursday, 7 July 2011
perhaps...
Wednesday, 6 July 2011
The Good Luck Girl
How to escape the punishment of the grave?
- Dying of a disease in the stomach
- Recite all of the thirty verses of the surah Al Mulk continuously and diligently
- Dying on the day or the night of Friday
- Dying as a martyr, with the first drop of bloody, will allow you to be forgiven for all your sins and escape the punishment of the grave
- Guarding the front lines of the Muslim army is better than fasting for a full month and praying all its days. This too allows one to escape the punishment of the grave.
APA ITU DATING?
updating this blog like my tumblr and twitter. can I?
day 8: ten of your favourite songs
A- Andrea Bocelli feat Christina Aguilera –somos novios
B- A fine frenzy- almost lover
C- Babyface –Drama, Love & relationship
D- Babyface- The loneliness
E- Pierce the veil – Stay away from my friend
F- Radiohead – creep
G- Damien rice – the Blower’s Daughter
H- Baek Ji Young/ Hyun Bin –That women/ That man
I- The script – The Man who can’t be moved
J- Dygta – tetap milikmu
P/s: lagu faveret ni cam putus cinta je kan. padahal takda pakwe/boifie dan segala macam jenis teman lelaki kat dunia ni
Monday, 4 July 2011
red hot emotional day.
RED HOT EMOTIONAL DAY
Anger. This habit should fade away when I don’t feel like to do anything. I hate myself when I can’t control my inner self. I have one way to calm this pressure to lower. It’s hid myself inside the room and play guitar or laid myself on my bed while listening to the music roll. That’s why I said, I’m an unpredictable person. I feel free to get away and walk away from people because I can get eye sore and become more unpredictable. This brain is malfunction , have problem to send its signal to my bodeyhhhh… (~-~)V
Arina 1: kau tak rasa kau patut chill out?
Arina 2: yeap, I’m chilling myself inside the refrigerator.
Arina 1: why all of sudden changing to be someone else?
Arina 2: why bother to ask?
Arina 1: just asking. Chill out.
Arina 2: takde ayat lain nak guna dah. Chill out this word out from this world.boleh?
Arina 1: jom tengok transformer?
Arina 2: I have better plan to sort of.
Arina 1: what is it?
Arina 2: gunung ledang heckyeah!
Arina 1: how about your family decision?
Arina 2: I don’t care sebab aku pergi sana pun bukan nak bergembira, I have my own mission, GPMS.
Arina 1: GPMS?
Arina 2: iyalah, GROWUP PEOPLE MAKE SENSE (GPMS)
Arina 1: Are you trying to kid me?
Arina 2: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung lah!!!
Arina 1: oh right.
Arina 2: selagi orang tak tahu apa yg kita buat, baik senyap. Maybe aku lurus orangnya, tapi…
Arina 1: aku nak cari ilmu dengan kawan2 GPMS aku kat sana.? Is it?
Arina 2: takkan takda tempat lain?
Arina 1: ADE!!! TAPI SELALU TAK DIBERI PELUANG. ORANG YANG KENA BUANG MACAM AKU PATUT KENA BUANG MASYARAKAT MACAM PENAGIH DADAH! BOLEH AKU CAKAP CAMTU? NI YANG AKU RASA! ****!
Tak rasa ke aku ni sarcastic? Siapa arina 1 and arina 2? Orang yang sama dan tak tahu nak gali kubur sendiri sudah. Seorang perempuan yang hidup dengan dunia dia sendiri.
P/s: penagih dadah pun sekarang dapat peluang KEDUA no no maybe berpuluh2 kali peluang untuk hidup semula? Aku ade buat dosa besar ke sampai orang tak boleh terima kebodohan ni? There is a saying; jangan jadi orang berfikiran negative, tapi cuba pikir on the other side, apa salah aku sampai orang dah tak boleh percaya aku boleh buat semula? I got this one friend of mine; she told me a story, real one about her teacher who took exam STPM several times because she failed. At last, she managed to overtook her fear and become successful. Can somebody please be possible and have faith in what I do?
Every time, aku nak pakai stoking, orang pandang aku. “ekh boleh ke minah ni pakai stoking? Bukan ke koyak nanti stoking tu,dah la gemuk macam ayam suntik. Er, aku takut la nak tengok dia pakai stoking tu”. Well, hello! Ni stoking aku. Suka aku lah nak pakai ke tak? Nak kena makan penampar, mai sini. Aku dah bersedia 21 tahun yang lepas. Get off from my feet dumbass. Thank you. Sayonara ~-~
DIA DIA DIA DIA dan DIA.
Alamat rumah private
(leisure mall, times square, karaoke box, Q bistro, Downtown cheras,Hajris Bistro, dll)
1st July 2011
________________________________________
GORGEOUS 21ST (KELAB STLES)
Name:
Dahlia Fernandez Binti Mohd Farid Fernandez
University:
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Info:
Beliau seorang yang bijak, lawa, kacukan, gila2, friendly,good listener and of course suka enjoy!!. Kami berkawan sejak dari zaman sekolah rendah di SKTM(1). Result UPSR ,PMR DAN SPM tak berapa nak ingat. Tapi beliau top scorer! Lepas PMR kitorang berpisah sambung belajar. Beliau melanjutkan pelajaran (*ceh macam pi oversea je padahal area Bandar tun razak jugak. Haha) ke Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (TIKL) ambil bidang perakaunan. Di situ pun dia bijak juga, jadi outsider. Kitorang still contact sampai laaa ni. Keluar mana2 pun ajak minah ni jugak. Lepas SPM dia masuk Kolej Matrikulasi Melaka ambil jurusan perakaunan juga. Sekarang belajar kat UKM Bachelor in accountancy tapi tak tahu major apa (kawan apa lah aku ni,lupa). Tahun kedua nak masuk tahun ketiga. Aku sangat jealous kat dia sebab dia sangat pandai. Hopefully dia dapat capai apa yg dia nak.
P/s: tadi guna gelaran beliau. Tiba-tiba macam gedik tukar DIA pulak. Suka hati aku lah.
Name:
Tracy Tan Pooi Sze
University:
UCSI
Info:
Dia seorang yg lawa, tegas,outgoing, extrovert, suka seni, English dia sangat hebat (aku sering rasa tercabar), pandai, banyak cakap, suka motivate orang macam aku, kadang2 gila dan of course suka enjoy!!!. Kami juga berkawan sejak dari sekolah rendah , SKTM(1). UPSR , PMR dan SPM pun hebat. Aku memang tercabar lagi sekali. Plus , aku amat bangga dengan dia sebab bahasa melayu dia bila bercakap sangat la takda slang Chinese. Serious. Then, masa lepas PMR aku pindah sekolah. Dia hidup sorang2 (Nampak macam desperately said she was alone without us secara tertutup) sebab geng kitorang dulu 5 orang secara official. Keempat2 kawan dah pindah sekolah, betul lah kan? Tinggal seorang? Dia survive but idk macam mana. Tapi, . kitorang selalu buat gathering. (for god’s sake, ini pun lepas SPM baru dapat jumpa).
p/s: masa tulis pasal naemah, aku lupa nak cakap kau ni prefect sekolah kita. Cool~lagi satu, kau suka cakap volume tinggi, takpa.. aku suka lagi aku rindu. Hihi… =) and nanti kalau kau dah mengamuk habis satu kawasan 20KM dengar kau menjerit. Hahah… suka suka suka!!!
Name:
Aisyah Naemah Binti Mustaffar
University:
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Info:
Minah ni sangat la cun, pandai, bijak, very talented in theater, driver yg merbahaya, sopan, tak banyak cakap, once dia marah baik kau jauhkan diri nanti kena silat dengan dia, adorable, malas2 , susah bangun pagi (maybe tu dulu before dia buat practical) and of course a shoulder that I can lean on. Aku kenal naemah since high school. Idk whether she knew me when we’re in form 1. Aku perasan dia sebab budak kelas aku ade muka sama macam dia. Aku ade weird feeling towards them both. Sebab setiap kali aku pergi mana2 mesti Nampak orang yang sama pada waktu yg sama tapi tempat berlainan. Tak takut ke macam tu? Haha.. tapi, aku dah dapat meng’convince’ kan diri aku. Aku tak gila. Dia pengawas sekolah. Kitorang jadi kawan sebab naemah satu kelas dengan Dahlia ad pooi sze. Masa form 1 and form 2 kelas lain2. So, aku kenal naemah dari mereka berdua ni lah. Herm.. lepas PMR naemah pindah sekolah jugak (btw, batch form 3 aku ramai pindah sekolah maybe tak tahan puaka kot sekolah tu. Yeke?) . dia pi menuntut ilmu kat TIKL same as dahlia. Satu kelas lagi tu dengan dahlia. Macam best kan? Memang best pun. Gossip girl. Hahaha!! Lepas dapat SPM result yg wow, dia pun cabut pergi UTP. Buat foundation terus sambung degree. Sekarang tahun kedua nak masuk tahun 3. Sangat hebat kan? Naemah ni special sket, dia tak pernah ade relationship with any guy setahu aku selama aku kawan dengan dia. Itu sangat impressive. Dia sangat suka karok. Haa… itu memang hantu. Agagaga…
p/s: aku puji kau, ade chance tak kau nak belanja aku cah? Aku lupa course kau, is it business management and IT??
Name:
Noor Izzati Hidayah Binti Abd. Hamid
University:
Universiti Teknologi Malaysia
Info:
This one fella also pandai bijak segala mak datuk kecerdikan dia ada. Dia juga top scorer masa sekolah menengah dengan dia. Dia seorang yang extrovert, pandai jaga diri, tegas, serious tapi sekali sekala boleh je buat lawak but not too often, boleh buat group gossip kalau lepak dengan dia, seorang yang ingin tahu, bercita2 tinggi, selalu banyak informasi and of course dia advanterous.Pengawas sekolah dan selalu melekat dengan naemah. Lepas rehat je muka masuk lambat (sebab duty prefect kan kesian) ialah pooi sze, eti and naemah.Cikgu yg suka mengamuk sebab dorang masuk lambat adalah cikgu norin, bahhaa!!! Lepas PMR Alhamdulillah segala result pun sangat hebat2 belaka, dia pun pindah ke MRSM kat dalam district negeri Sembilan (aku lupa, dulu aku selalu sebut sebab kawan aku satu mrsm ngan kau yg ester tu). Pastu dia terus buat fast track kat UTM lepas SPM memandangkan dia cemerlang gemilang dan terbilang semasa di MRSM dulu ambil course Engineering in aeronautic tak salah aku. Major tak tahu ape kebenda.sekarang tengah buat praktikal kat Kem tentera sg besi. Hebat bukan?
p/s: lama tak jumpa kau, I mean memang lama. Kau sangat busy dengan segala aktiviti in the world. Hahah!! Lepas tulis, baru aku aku teringat kau MRSM Serting.
NEW MEMBER of STLES
Name
Nur Athirah Binti Mohd Yazid
University:
Universiti Kuala Lumpur (branch PERAK)
Info:
Aku selalu panggil dia angah masa sekolah dulu, sebab dia macam muka kakak aku lagipun dia memang angah pun dalam family dia. Suka buat lawak, lawa, ceghedik, pintar, sopan, santun, berbudi bahasa, suka senyum, cakap pun sayu je, independent and of course suka berborak dan kena kan orang. Herm.. masa sekolah dulu dia ni pengawas pusat sumber macam dahlia Fernandez. Macam masing2 gila pangkat la kat sekolah. Padahal kejar sijil ! herm…dia ni sangat la fanatic dengan KADET POLIS WANITA dia. Tapi segak gak pakai uniform. Apadehal.. orang dah suka, haa ni makan dia! Lepas PMR , dia stay je kat SMKBTR tak pindah mana2 pun, so dia kawan dengan pooi sze dan kawan 4ST1 kitorang. Lepas dapat result SPM, dia sambung belajar kat UNIKL ni, yg kat perak, ade kaitan ngan marine engineering something, so diploma dia ni memang tak sah tak dekan a.k.a dean’s list (DL). Nak DL je. Hebat bukan??
p/s: bila nak bawak aku pi ziarah port Dickson. Ade janji tak?
Yang benar,
Nur arina binti ahmad bukhari
(setiausaha tak bertauliah STLES)
Jumlah patah perkataan: 1061
Thursday, 30 June 2011
day 7: ten important people (it will change accordingly)
A- My parents
B- My siblings
C- Tayar
D- Ned
E- Kedek2
F- Dahlia Fernandez
G- Aisyah naemah
H- Tan Pooi Sze
I- Irfan
J- Ayam katik sexy
Wednesday, 29 June 2011
Nose bleed dan merepek.
Aku tak tahu kenapa tiba2 teringat pasal kisah ni. Dalam hidup, pernah saja kena hidung berdarah ni. Tapi masa sekolah dulu, kerap berlaku. Tak kisah pun mungkin kurang minum air atau terlalu penat dan tak cukup tidur. Ha.. ni memang aku. Dah makin dewasa ni, semakin malas. Kalau dulu rajin baca buku akademik, sekarang suka baca English novel whether its fiction or non-fiction. Merepek satu.
Masa aku sekolah dulu, aku suka tengok pesakit I mean student dalam bilik sakit lepas habis skolah. Aku melawat la konon. Alahai, mana tak kenal. Dalam hostel ade 3 blok perempuan. Kalau tak kenal, bukan peramah namanya. Lagipun, aku ada jawatan dalam asrama puteri (aspuri) tu. Bahagian akademik, mampu ke aku? Hehe… alahai jadi biro akademik apa aja tanggungjawab …. Jaga junior prep , jangan bagi dorang bising masa prep and check dorm ade tak dorang ponteng. Isk.. berbalik pada hidung berdarah ni. I dislike it sebab habis kotor baju. Aku dah la malas basuh baju , nasib baik ada mesin basuh. Salah satu sebab kenapa aku selalu habis duit poket mak aku bagi seminggu rm100. Macam busu (my aunty) pegang rm50 untuk makan minum aku kat jasin and also makan lunch aku masa skola rm50. Aku tak erti nak manage duit aku. Merepek dua.
Now , nose bleed dah tarak, maybe life aku sekarang lebih teratur dari dulu and less stress. Ahh~ lupa. Aku stress sebab orang yg rapat dengan aku. Dan kerap cederakan diri aku sampai aku Nampak darah baru aku stop. Masa hayat aku ni, aku cerita pasal kisah aku kat kawan rapat yg aku boleh percaya. Mampu ke mereka simpan?? Patutnya biarkan saja masa lampau aku ni vanish. Tetibe menyesal cerita kat orang lain. Adeh! Aku lagi suka mendengar dari bercerita sekarang,a live one. Tu wujudnya blog. Tulis lagi best dari cakap. Yeke? Merepek tiga.
Masa sekolah pun selalu je naik van pi hospital jasin. Hehe… suka ke aku pi hospital ni? Lepas kelas, I went to that hospital to get a pill coloured brownish and tube pill red in colour(PILL PILL BEGINI YG BUAT BADAN KAU GEMUK ARINA OI). Oh~ pil tambah darah. Takda la teruk mana pun anemia aku. Semua orang ade anemia, sama ada teruk atau tak je. Sama lah juga dengan resdung. Macam aku Tanya doctor, ade satu part kat dalam badan aku (aku lupa apa nama dia) tak dapat nak serap iron dalam makanan yg aku makan. So, aku ade iron-deficiency. Nanti aku cerita kenapa pula aku dapat iron-deficiency ni, I read it somewhere maybe reader’s digest. Ha! Asalkan aku dapat sports everyday , aku tak kisah. And muka aku selalu pucat and bibir aku memang tak boleh blah lesi. I never told about my condition to my dorm-mates. Tu yang aku cakap, tak bahaya pun. Somehow, pitam tu ada. Tapi aku kan hebat, mesti dapat kawal. Nama pun nur arina, cahaya kecergasan. Kalau tak cergas, bukan aku la tuh. Merepek empat.
Kat matrik. Aku beli vitamin named vita***. Satu merah satu hitam. Alahai, nak ganti pill yg gemukkan badan aku. So, makin lama, aku jadi sihat. Somehow, aku manusia dan tak sempurna… so malas nak makan ubat sebab aku tahu aku dah okay. Ada one day tu, aku memang pitam dan nak mampus, so aku pergi lah cari satu junior ni, aku dapat tahu dia ada kes anemia sebab dia pernah pengsan somewhere in matrik ade orang beritahu aku. Before that, aku memang nak kawan dengan dia pun sebab dia budak special. Hiiihii… aku pergi bilik dia and mintak ubat (how rude! Tapi macam aku dah tak tahan and sangat tak betul at that time) mungkin sebab aku stress kat matrik dulu. Like I thanked her. Dia terus bagi ubat and Tanya aku ok ke tak. Of course tak okay. Lepas tu, aku shoot pi blok A1. Tempat tu tempat stadi aku and memang takda orang pun nak lepak sana. Aku terbaring semput and tak Nampak apa pun gelap kelam semua ada. Dalam 5 minit tu, farrah datang sebab aku ade call dia cakap nak air. Boleh pulak aku nak nangis time tu tapi macam tak bising la, aku lagi suka nangis macam tu dari orang dengar. Makan ubat and fall asleep dalam 1 jam. Tadaaaaa~~!!! Dah okay sikit. Boleh plak lepas pitam tu nak belajar. Haikh… pukul 2 pagi baru balik bilik sendiri. Merepek lima.
well, lepas matrik memang dah okay. Duduk shah alam. Nothing went wrong, selalu letih walaupun tak sports sangat. Memang jarang sports. I don’t know kenapa selalu letih and also feels dizzy. Tapi aku jenis macam concern yang tak berapa nak pay attention. Cepat dehydrate and bibir pucat lesi. Dah trademark, so aku tak peduli semua tu dah. Tapi kalau waktu belajar aku memang macam dari sekolah lagi from 8pm till 2am. Aku akan melekat kat dalam bilik stadi. Ohhh~ aku jenis perempuan yg tak erti duduk diam and selalu nak tukar environment. So senarai tempat aku stadi ialah library fac engineering (PTAR 4), tempat letak parkir motor, bilik prep A1, kawasan lepak aras aku,bilik kawan2 satu kelas, susur gajah kolej mawar and KFC seksyen 7. Paling lama aku pernah stadi 8pm sampai 5am. Damn! Kenapa aku rasa aku sia2kan hidup aku? Jawapan aku ni, dah ni nasib kau terima aja lah whether it is good nor bad. Merepek enam. SEKIAN~
P/S: I’M WAITING . STILL WAITING. TUNGGU NI MEMENATKAN YA ALLAH. AKU BERDOA AGAR APA YANG AKU HARAPKAN INI MENJADI SATU KENYATAAN. AKU BERJANJI JIKA AKU DAPAT PELUANG NI, AKU TAKKAN LEPASKAN DAN PASTIKAN IA BERJAYA SAMPAI AKHIR HAYAT. CUKUPLAH SEKALI.. DAN CUKUPLAH SEKALI AKU RASA MALU TERAMAT KAT DIRI AKU. CUKUP CUKUP.. (EMO LA NI) HERM… BULAN SEPTEMBER SILA DATANG CEPAT AKU TUNGGU. AKU NAK TAHU ARAH TUJU AKU LEPAS NI.
QUIET... QUIET...QUIET...
Tuesday, 28 June 2011
Imam Siraj Wahhaj
the beauty of islam
Monday, 27 June 2011
Oh snap! aku suka aiman azlan!
wanita dan tabarruj.
Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah dilarang.
Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.
Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.
Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung.
Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.
Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang samada ia menarik perhatian ataupun tidak.
Dalil tentang perkara ini adalah;
“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [TMQ An-Nur (24):31].
Seseorang wanita itu dilarang untuk berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatian kearah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu, berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.
Kesimpulan: Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.
Oleh itu, berpakaian walaupun dengan cara yang dibenarkan tetapi menarik perhatian seperti yang diterangkan diatas, adalah Tabarruj dan dilarang. Ini hanya boleh diketahui dari keadaan dan realiti persekitaran dimana wanita tersebut tinggal dan untuk mengetahui kebiasaan disana tidak sukar kerana komuniti – lelaki dan wanita boleh menilai dan mengetahuinya.
Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, dimana seseorang wanita itu dilarang untuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian. Allah Subhanahu wa Taala berfirman :
الآية… لِبُعُولَتِهِنَّ إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]
مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ
“kecuali yang (biasa) nampak daripadanya” bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, pernah bersabda,
“Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan” [Riwayat Abu Dawud]
Oleh yang demikian, menurut dalil-dalil yang diberi, seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya. Inilah kewajipan untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Allah Subhanahu wa Taala berfirman;
“Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” [TMQ Al-Nur (24) : 31]
yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja.
Oleh: Sheikh Ata ibn Khaleel Abu al-Rashta
Sumber: Islamic revival
Saturday, 25 June 2011
paksa memaksa
day 6: ten items you can’t live without
A- My phone Hazel
B- Laptop Luncai
C- C-40 guitar
D- Books
E- ATM card
F- My pillow and comforter
G- My 2011 diary & diaries
H- The giraffe with variety colour of neck
I- Pen
J- Earphones