Thursday, 18 August 2011

sahabatiah...

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku,

Sahabat yang baik adalah seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati,

Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka,

Jika itu aku dapatkan,Aku berjanji aku akan selalu setia bersamanya,

Kuhulur tangan kepada Sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang,

Semakin ramai aku peroleh sahabat, AKU SEMAKIN PERCAYA DIRI.
(imam shafie)

P/s: masa di surau tadi, aku ternampak perempuan berpakaian jubah coklat gelap dan berpurdah (aku tak pasti sama ada niqab atau purdah), cumanya... terdetik dalam fikiran aku, bila masa aku akan sampai begini. aku tak berani nak salam pun masa nak balik, why? aku malu dengan diri aku sendiri. lepas salam makcik dua belah aku, aku terus keluar dan berjalan pantas balik ke rumah. still, kenapa aku macam ni? aku tak sedap hati, aku rasa pelik, aku rasa gelisah...
walhal, aku tahu kenapa aku jadi begini. insyaAllah, hidayah Allah tu datang bila kita cari betul2. semoga Allah sentiasa bersama aku dan semua orang yg aku kasihi dan temui selama aku hidup.

No comments: