Tuesday, 7 June 2011

Dimanakah cahaya untuk aku?

Harap sahaja namamu bermula dari “Nur” yang membawa erti cahaya. Tapi langsung tidak membawa maksud pada dirimu sendiri. Dunia semakin letih melihat aku berjalan di atas mukanya tanpa malu. Tak gentar. Coretan ini disebabkan kesedaran. Sedar akan aku semakin tua dan mahu berubah sekali lagi. Hidup aku bagaikan air. Curahkan sahaja dimana-mana bekas, pasti mengikut bentuknya. Berdasarkan artikel Mohd. Shukri Hanapi (thanks a million) dan ketukan halus dari seorang sahabat yang juga mahukan perubahan, aku tergerak.

Niat. Itu sahaja yang kau perlu ada untuk melakukan sesuatu perkara. Niat yang terdetik dari hati adalah suci. Benak aku bercakap yang aku takut dan risau akan diri aku sendiri. Tak tahu apa yang ditakutkan dan dirisaukan seolah-olah jeneral syaitan yang berbisik di cuping telinga. Tak perlu takut dan risau fasal kau berubah ke jalan kebaikan. Malah banggalah sendiri untuk perubahan itu sebelum rambut kau beruban. Ingatlah bahawasanya mati tak kira waktu. Takutlah kau bila kau berubah ke arah keburukan. Malang. Malang. Malang. Cukuplah setakat tiga kali. =(

Semua orang mahukan keajaiban dalam hidup. Hayatilah bahawa setiap saat yang kau lalui adalah keajaiban. Tak perlu keluh kesah walaupun ia tak menyenangkan. “Hidup Ini Indah makanya hargai ia macam tiada esok bagimu”. =)

Hidup selepas ini sendirian. Percaya kataku ia benar. Aku telah saksikan pelbagai perkara dalam hidup masih aku tak berubah. Sesaat aku sedar, kemudian aku kembali kepada diri aku yang dulu. Aku keliru. Mengapa sifat manusia khususnya aku bersikap begini? Iman ada turun naiknya macam saham, pada pandangan aku. Aku kena terus menerus tanpa putus asa agar aku sendiri dapat membimbing diri aku, inilah jawapan dari persoalan aku. =$

Hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam). Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.”

Harapan aku agar menjadi seseorang yang aku takkan sangka aku akan jadi. Doa itu penting. Malangnya, benteng diri aku hanya sementara.

“Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan.”

(Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207).

p/s: Hidayah adalah keajaiban. Bukan milik manusia tapi milik Allah. Bukan senang nak dapat kena cari nanti Allah bagi.

2 comments:

Nur Sulastri said...

Insyaalah ko akan jumpa apa ko nak dalam hidup ni. Aku akan sentiasa doakan yg terbaik utk kawan2 aku, termasuk ko arina :)

arina ahmad said...

i like. like. sunggguuuhhhh lama tak jumpa. really miss you. =)