
ORANG YANG DIANGGAP KUAT DAN HEBAT ADALAH MEREKA YANG DAPAT MENGAWAL KEMARAHANNYA
عن ابى هريرة رضى الله عنه , أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ليس الشديد بالصرعة , انما الشديد الذى يملك نفسه عند الغضب . رواه البخارى ومسلم
Dari Abu Hurairah r.a , bahawa Nabi s.a.w bersabda : “Kekuatan atau kehebatan itu bukanlah kerana ( menang ) dalam bergusti , sesungguhnya kekuatan dan kehebatan itu ialah yang dapat mengawal dirinya ketika marah “. Dari Abu Hurairah r.a juga , bahawa seorang lelaki telah menemui Rasulullah lalu berkata : Berilah nasihat kepada ku . Maka baginda bersabda : “Janganlah engkau cepat marah , jangan engkau cepat marah“( baginda mengulangi beberapa kali ).
Sahih Bukhari & Muslim
No comments:
Post a Comment