Saturday, 25 July 2009

er? dengar ape yg lelaki ini...

Rujuklah diri anda sendiri, dan berfikirlah sedikit berkenaan dengan pekerti lelaki seperti ini:


Dibersihkan kalbunya daripada sangkaan yang salah,

Dibersihkan fikirannya daripada angan-angan yang jahat.

Dipejamkan matanya daripada melihat kekejian.

Ditulikan telinganya danipada mendengar yang buruk-buruk.

Dipelihara lidahnya daripada memperkatakan sesuatu yang berlawanan dengan kebenaran.

Ia memilih mati kelaparan daripada diisi perutnya dengan rezeki yang haram. Ditahan tangannya daripada berbuat zalim dan memperkosa hak orang lain.

Ia tidak melangkahkan kakinya di jalan yang jahat.

Ia tidak mahu menundukkan kepalanya di depan kebatilan meskipun ia disalibkan atau tubuhnya dikerat-kerat.

Segala cita-cita dan hajatnya tidak dibawa ke alam nyata dengan melalui jalan kejahatan, kezaliman dan permusuhan.

Yang paling dimuliakannya ialah yang hak, berkata benar dan berlaku jujur.

Ia tidak kedekut terhadap dirinya dan hartanya pada jalan yang hak.

Dalam padangannya, yang paling dimurkainya ialah kezaliman, dusta dan khianat.

Ia tidak rela menggunakan sifat-silat ini dan ia tidak mahu memilih jalan ini disebabkan takut mudarat menimpa dirinya atau mengharapkan manfaat bagi dirinya.

No comments: