26hb 7 2009
huh...seminggu lepas ana rehat tanpa pegang buku. Nampaknya memang hari2 ana dipenuhi dengan ayat 'relax'. What ever it is, after ana kembali kat kolej, harap ana dapat teruskan lagi pembelajaran ana dengan harapan baru sebabnya dah 2 hari ana menangisi paper physics yang memang akan...dengan erti kata lain... failed. Betapa ana tak sedarkan diri ana...cukup tak dewasa diri ini. Patutnya ana tegar. Hmm... selain tu, ana dah start nak pegang gitar ana balik, kalau dulu si luncai tempat ana meluahkan kata... sekarang, ana harap ayat sedih ana akan terluah dengan gorengan gitar yg mengasyikkan.
Orang ramai kata, “sesuatu yang berlaku ada hikmahnya” termasuk juga dalam semua buku motivasi yang terdapat di pasaran dekad ini. Sementelahan, ana masih dalam kebingungan melampau. Argh! Ana hanyut dengan hati gelap ana. Harapan ana untuk menjadi bagus serta hebat untuk tahun ini... akan ana teruskan dengan rasa ngilu dihati. Ya Allah... berikan aku kekuatan untuk menempuh imtihan ini.
Lupakan kesedihan...kembalikan kegemburaan. Seeloknya, hari hari kita kena bergembira kerana diberi peluang dan nikmat untuk melakukan aktiviti. Misal kata, kita mampu bernafas... BERSYUKURlah. Ana kena cakap Alhamdulillah. Tiap kali ana snapping picture... ana dapat lihat kebesaran Allah swt... ana cakap Subhanallah. Kehidupan kita sementara je, ana taknak parents ana meninggal dulu dari ana. Ana nak jadi anak yg solehah kat parents ana. Ana nak jadi mujahidah. Ana try perlahan2... biarkan ana sendiri yang menimba ilmu Allah ni. Sebelum terlambat... ana nak sedarkan diri ana sebelum ana sedarkan orang disekeliling ana. Ana cuba taknak jadi jahat... apa2 yang terjadi biarkan ana tanggung sendiri sebab ana tahu ana mampu atasi semua keluh kesah gembira jiwa ana. Kita sebagai manusia hanya perlu bersyukur, apabila masalah melanda sebabnya...ia adalah satu nikmat. Nikmat yang orang lain dapat berbeza. Sebab kita special, fikir je macam tu. Mind setting adalah penting untuk psychology diri.
Pspm 1, ana taknak la dengar ayat FAILED, rasa diri ini macam jerk je. Apa pun yang terjadi tika ini... ana jadikan iktibar dan pembakar relung hati ana.
Ana rase, insyaAllah... jika ada kesempatan nak menaip... ana akan post yang baru. Cuma cuti ni..mmg banyak waktu untuk ana relaxkan diri ana yang agak kusowt kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Cume ana saja yang tak tahu aktiviti orang lain selain diri ana. Semoga kita berjumpa lagi di lembaran elektronik yang baru. Hope bg response yang memberangsangkan. Wassalam...
2 comments:
so..u balek kolej dz weekend??
balik!!
Post a Comment