Tuesday, 24 December 2013

Tentang Semua.


                Hati mencerminkan hakikat seseorang itu bertindak. Contoh riak muka, perlakuan, percakapan etc... Jika hati berkeladak, sifatnya mesti negatif. Jika hati bersih dan suci, sifatnya mesti positive.

Anda yang mana satu?

 Fikir sahaja yang positif, jangan bertindak mengikut perasaan. dalam pandangan mata kasar, gerak hati itu dari pemikiran. tetapi dari sudut mata halus, ia datang dari syaitan. menggoda anak adam agar sentiasa dalam marah, benci, iri hati, dengki, tak puas hati etc.


                Tentang semua...

itu semua hadir dari hati. percaya pada diri agar sentiasa berfikiran kanan. Kita ada Allah. Allah sentiasa menjaga kita. Allah tahu segala yang berada di dalam isi hati kita. Sentiasa berdoa, untuk mendapat hati yang bersih dan hidup sentiasa tenteram. tanpa doa, kita akan hidup tunggang langgang dan sentiasa mencari kesalahan orang.
                            
                

Tuesday, 14 May 2013

Kerana Si celaka.



Semalam. Malam. Dan juga, semalam. Petang. Syaitan hasut.
Aku tak berani mengeluarkan kata-kata. Masuk bilik dengan kelajuan seekor kambing... aku tutup pintu perlahan-lahan.

Harapan Aku: tiada orang mengetahui aku menyorok menangis dalam bilik.

*aku tak pernah kata family mu celaka. dont ever talk to me that way. u cant never replaced my good memories with my friend. NEVER!

Friday, 26 April 2013

Jauhi Aku.




Ya Tuhan... aku hanya mampu tersenyum. Aku gembira hari ni Ya Tuhan.

Trima Kasih. Aku juga bersedih hari ni. Aku bawa perasaan aku bersama2 aku.
Aku jenis pengimbau masa lalu. Aku tersenyum. Itu yg selalu bermain di fikiran aku.
Perkara yang dahulu buat aku gembira, akan aku ungkit di kotak minda aku. teruk?
Aku rasa perkara begini boleh membuatkan aku terus hidup. Memori begini yg menghilangkan apa yg ada dalam benak aku.
Ya Tuhan, aku tahu Kau Maha Mengetahui isi hatiku. Aku hanya boleh mencoretkan apa yg aku lalui. Tiada manusia mendengar dan menilai. tiada. hilang...

Cukuplah pada hari ni, aku rasa gembira. Gembira bersama memori aku. Facebook taman permainan aku dahulu. sekarang tidak, banyak sampah di sana sekarang.

#kembalikan ketidakpunyaperasaan aku!

Saturday, 20 April 2013

Tolong Aku.




Antara aku meninggalkan dan melupakan. tak sanggup. berat. Aku perlukan seseorang untuk bawa aku dari kegelapan ni. Aku tak mampu berbuat apa2. Setiap palit kata... seperti pisau. Aku hanya bertanya, Aku ditohmah. Aku melampau. melampau. dan melampau. Aku tiada ketidakpuashatian, never. Esok aku seorang. Aku harap aku okay keseorangan ni. Aku ingin jadi seperti dulu. aku berpaling kebelakang, jangan.
=(
Mana petunjuk aku. Mana arah aku. Mengapa aku di sini. Apa tujuan aku? sedih. sedih. aku sedih. aku menggeletar sejuk kembali. menangisi kata2 yg mencucuk aku dari depan. Aku janji aku tak ganggu kau. aku janji! maafkan aku. manusia bisa melakukan kesilapan. manusia bukan maksum macam malaikat. aku sentiasa tersengaja membuat orang patah hati. tapi kali ni, aku ditempat patah hati. Allah. selamatkan aku.

Tak berfikir panjang




hari ni salah faham lagi. aku ke yg penting diri atau dia? mana pergi sifat kemanusiaan yg dulu diuar2kan pada aku? hilang, lama sudah. aku dipinggirkan,tanpa memikirkan status kelapangan aku. Mampu ke aku? sekarang aku disiat2. selepas ini dikoyakkan. takda perikemanusiaan. aku nak perkatakan aku wujud, tapi di mana sudut aku nak teriak? takda. tiada. bodoh sungguh manusia ini. ciri-ciri manusia yg suka menindas, aku dah nampak.

Terpinggir




Setiap hari berfikir, pertelingkahan "keluarga", kenapa terjadi. Bila diri diketepikan rasa nya bagaimana ya? satu badan menggeletar, dunggu dan seperti mayat hidup yg inginkan kasih sayang. Ya! kasih sayang Allah no 1. manusia? mana? aku berfikir adakah karna aku tak punya wang? karna aku seorang yg perongos? penting diri? hei semua! aku diketepikan sekarang, dan aku rasa situasi bagaimana orang meminggirkan aku.

tak berfikir panjang. babaknya seperti begini;

aku rasa diri aku melayang2. aku lapar. bila di tanya manusia, menu apa hari ni, aku jawab tak tahu. dengan harapan, agar manusia memberi aku sesuap nasi, cukup la rasa diri dihargai. tapi perkara ini mendapat jawapan negatif. aku tak ada rasa. kosong. cukup kosong. dalam ramai2 orang di situ, jiwa aku kosong. aku dipinggirkan. sorang. ya! aku sorang di dalam keramaian.

babak yang ini lebih rasa diri dah terbuang, mungkin aku;

"anak pungut".

membeli jam di suatu pesta keramaian. aku sibuk mencari mangsa untuk membelanjakan wang aku, aku ingin makan! dengar? aku harap dengar. aku manusia juga. aku ada satu saluran untuk aku hidup. tapi malang, aku ditinggalkan juga. aku tak rasa aku ni penting. mungkin...
hanya Allah tahu perasaan aku ditinggalkan. diketepikan. mungkin korang rasa aku emosi, tapi ini aku, bukan kau.
nampak kelibat manusia memilih waktu. aku berlari ke sana. oh... membeli. ya, mereka membeli tanpa ada aku. sebab?
aku tak mampu. sebab aku tak punya wang. sebab aku dipungut sahaja.
aku berkata, aku ingin juga sama seperti manusia ini, tapi wajah mereka berubah. seperti tidak suka,menjauh. manusia ini meletakkan kembali barang yg ingin dibeli, meninggalkan aku. ya! aku ditinggalkan lagi. sebab aku sampah. mungkin... sampah berharga. manusia tak menghargai aku. sebab? aku papa. dan aku juga kedana.

"menggigil sejuk"

aku rasa dunia aku kelam. mungkin disebabkan aku dipilih,menjadi pilihan terakhir. pilihan yg paling tidak bijak untuk didampingi. IM USELESS. aku rasa aku seperti kain, bilamana sampai usia, kain buruk tempat terakhir di jumpai. aku meneruskan langkah. aku berkata dalam hati, aku guna duit sendiri. tak meminta sesiapa untuk memberi duit pada aku. Ya ! aku berdosa kerna menyebabkan manusia2 ini gagal mencapai misi mereka sebentar tadi. aku kejam? atau mereka?

berfikir...

aku bukan manusia yg sentiasa tidak berpuas hati. manusia seringkali menganggap aku hipokrit. pada pandangan manusia, aku boleh digunakan selagi boleh dipakai. aku tak lunyai. aku boleh diketepikan kerna aku keseorangan. tak mengapa. aku terbiasa.

diam...



Friday, 19 April 2013

Fikiran Melayang


setiap orang punya perasaan. sama ada ia dapat diekspresikan atau tidak. tak semua orang boleh kita penuhi kehendak hatinya, dan tak semua orang boleh kita gembirakan. kita hanya mampu memberi kesedihan yg "tidak disengajakan". aku bukan seorang perempuan yg sentiasa tidak berpuas hati. aku seorang perempuan yg tak punya perasaan, tapi itu dahulu. aku seorang perempuan yg tak fikir akan perasaan orang lain,sama ada mereka positif atau mereka negatif. ingin sekali aku terjun ke taman tiada hati yg sentiasa aku jengah seorang diri. di situ aku tak perlu sedih, menangis dan berfikiran negatif. aku seorang yg pemarah dan bukan peramah. aku tak suka di tegur saat aku keseorangan. aku kadang kala berfikir, kalau tiada orang di dunia ini, macam mana aku? aku suka berfikir, sampai aku rasa berat dan lelah. siapa tahu? tiada siapa tahu.

bila hati aku ade emosi. aku mula berperasaan. aku memberontak seperti gunung berapi yg sekian lama mendiam dan tidak aktif,dia pasif dahulu. sekarang dia bangun, dia mahu mencari perasaan2 di segenap manusia yg dia temui. seringkali gagal mencari perasaan,tapi tetap melangkah tanpa ada rasa jemu. langkah yg di bina selalu membawa air mata. bukan kerana dia sudah menemui perasaan, tapi dia di benci kerna perasaan di temui. berdosa.

aku ingin hapuskan semua perasaan yg tercipta. aku tak ingin tahu perasaan ini wujud dari manusia mana.

Monday, 4 March 2013

SuperQeena bukanlah SuperMan!

Assalamualaikum ustazah Q!

1. GAMBAR
Aku nak bagi kau rasa bersalah, kau hutang aku gambar2 kita. <3 br="">Gambar kita dari zaman matriks sampai masuk U. Hot stuff ni mahal sikit gambar dia bila kita nak snap.
Kalau aku jumpa budak kenit ni mesti lupa. why eh?

QEENA: kan gambar dalam hati ada....
ARINA: trima kasih qeena, musim persahabatan yang indah aku ada dengan kau.

P/s: Less talk, Less laugh doesn't mean everything change, kan qeena?

2. UMS
Wah, adik qeeqee ada kereta daaa..lupa lagi nk tangkap. kau ni selalu bernasib baik bila aku nak kenekan kau. hihi. Aku minta kau bawa aku pi UMS, tapi kau tak bawa. nvm. next time, bawa aku ok? Nak tengok UMS besar mana. sebenarnya nak pi tengok katil kau, bersepah ke tak ngan baju2 or teddy bear(aku selalu curi)or buku... haha!! >.<

3. CIK KEDING
kurus sangat kau ni! at least aku makin kurus sebab aku ni berisi. kau pula kurus untuk menguruskan badan. tak best plak tengok, dok ngan aku meh, aku kasi makan. haha! aku kan selalu lapar. pastu dalam almari kau kan banyak makanan. =P aku suka kau suap aku. aku kan ala2 manja. hee.. thanks qeena, =) suap kawan, best kn?

4. SENYUM
Kedek2 saya tak pernah lokek nak senyum kat orang. senyum kan sedekah. bila orang pandang, kita  tersenyum, orang happy, kita happykan orang, kita dapat pahala. =)
hihi... puji dulu. lepas ni aku bomb kau. (jahat kan aku?)

5. SABAH @ BORNEO sama sahaja
Jumpa Qeena. di Sri Melaka. meet her friends, nuha (jenuh aku pikir nama budak pendiam ni) and bibi (betul ke eja?). miss our old days... seriously! jom move on... nanti kita pi pulau sama2, kau jadi pemandu pelancong aku. boleh? (tapi kau busy,takpa la..aku pi sorang)

6. BUDAK KUAT JERIT!
macam2 pe'el la kau budak! oh, sekarang dah kuat la. aku smack kau skali je qeena.! aku tunggu waktu je (well, kene ada tilam, nanti tulang patah). haha..lawak la kau ni. macam mana la kau boleh menjerit kat airport tu. haha! dalam kete boleh terima akai la.

#sape ajar kau jerit,meh sini aku cili mulut dia, amboi amboi amboi!

7. QEEQEENYA.

nasihat la aku lagi. aku suka dengar kau membebel. grrr~...tak best takda conversation yg 1 jam ke 2 jam ke... aku rasa, aku macam adik ,kau pulak kakak. perangai aku cam budak kecik, harap je badan besar. Sayang kau wolverine pendek! Kejapnya kita jumpa.maybe next time.

#Ingat tak macam mana style panggil ayam,malam kau main badminton ngan aku kat matrik? best kan? round2 satu matrik, tak stadi. hihi

8. Aku rindu kawan dengan dia
Aku nak jumpa kau lagi. terima kasih kawan dengan aku. =)


Tuesday, 5 February 2013

tugas ni berat

 Dah tiga minggu kelas start. baru semalam rasa macam bengang dan marah dan rasa letih. tak pernh aku rasa macam ni. yalah, mak aku cakap along belajar lagi dan dia berumah tangga. see.. the different. along buku tebal2... see buku aku pun 2 - 3 muka surat je blaja. aku jarang ade kat rumah , see.. aku memang takda kat rumah. aku memang pemalas see..aku hari2 naik basikal pi kelas 15km. ntah, yalah.. dorang kan lain. aku kan lain. masing2 ade tugas masing2.

sem ni blaja:
1. law
2. thermodynamics
3.hydrology
4. environment management
5. water tech.
6. meteorology

er, tak susah pun subject ni. best blaja. tapi... apa aku nak kata kat sini.. aku pi kelas, balik kelas. sometimes aku dapat apa aku blaja. tapi semalam... (=_=)"
aku tak boleh nak fokus. sebab aku lapar! UMT habis makanan kat fakulti. kelas aku dari pukul 10-11, 12-1, 2-5,5-6... aku lapar! aku nak tidor! aku nak ketenangan! tu sebab aku naik angin! aku balik umah aku sedih, aku memang takda mood dalam kelas.... sia2 je masuk kelas tapi satu apa pun takda. bodo kan?

balik rumah, takda orang nak faham. at least, orang balik rumah, aku dah siapkan makanan depan mata... takda la aku msg cakap nak buat GORENG PISANG je, suruh makan kat luar! aku nak nasik!!! aku lapar. aku jadi gergasi bila aku lapa. kalau naik kete tkpa... ni naik basikal. mana tahu hujan nanti. stuck sampai malam. tak pernah pikir lansung! aku tak solat asar lagi.. ku nak balik rumah...aku nak rehat. masak tak ikhlas. duk rumah je pun. herm... satu badan aku demam ...

Friday, 1 February 2013

It was never the biggest mistakes but ...

sad sabah. 2nd day

like i said to u Q, it was the biggest impact if somebody just left from my life. aku tak pernah nak mempertikaikan segala-gala yg Tuhan dah beri pada aku. i was shocked,alone,not prepare, (but i have to)

the first day in sabah was great. i met u. Qeena kedek2. Allah dah kabulkan doa aku untuk jumpa kau. kau sama macam dulu. =)

this holiday in sabah should be like, "best giler!". it ended up, sad, hurt,down graded (not actually this time of down graded)... yada yada yada.

how malukan island turn up to be so MEMALUKAN heart breaking?

MACAM MANA AKU BOLEH JADI MANUSIA YG SELFISH... aku terima apa kau cakap kat aku. 

arina, kene move on! semua orang ada life masing2. if aku ada masalah, can i call u? (see what i mean?)

aku tak boleh hold back I** like that forever. yeap. if she "throw me away", i just turn away.
thx qeena

she always with me, all the time.
now, there was empty spaces.
i cant fit anybody inside the void anymore.
it was really a short happy sad memory when i think of it.
she will always be the sweetest dream that i ever lived.
somebody come and go.
this "oyang" will never be replaced by anybody.
it still hurts,but what can i do.
i cant hold her back,she's got her own life
who am i,to stop her?
since day one, up until today...
i really share everything with this "oyang".
i always think that some day, this "oyang" will leave me.
i just know,
dont ask me.
this heart is broken into pieces.
who really cares,
ok i got u , u and Q.
to this "oyang"
JUST MOVE ON, I WILL NOT STOPPING U FROM CHASING YOUR DREAM.
thanks Allah for letting me know this kind-hearted person.
i owe u a lot "oyang".
thanks "oyang"

Saturday, 12 January 2013

Dia, Perasaan atau perasan.




never learned a lesson. itu lah dia yg sebenarnya, selalu membiarkan hatinya terhiris, pendamkan dan asyik memikirkan perkara yang luar dari otak dia. selalu berada dalam dunia sendiri sehingga ramai orang yg membenci. tak mengendahkan perasaan orang lain dan selalu perasan dia betul, orang lain salah. kerana itu, dia kene bersendirian, jangan kawan dengan sesiapa, dan jangan kenal sesiapa. biarkan dia hidup dengan dunia dia yg takda siapa peduli. itu je jalan terakhir. dia yg sangat arrogant. sombong. jahat. kurang ajar. bongkak. tak kenang budi. penyibuk. parasit. sampah. pelik. selfish. bila orang benci, sendiri tak tahu. hidup dalam keadaan di benci. tanak berganjak selagi tak dimarahi. itu lah si dia. seorang budak yg **** . membiarkan diri berada diawang-awangan. mengharapkan diri diberi perhatian. sangat jahat. tak pernah kalah, sentiasa nak menang. ingat diri itu seorang yg bagus dalam segala-galanya...tak patut berkawan dan ada kawan. kejam.

dia yg menyesakkan dada semua orang. selalu buat orang nak marah dia. dan menyukainya apabila dia dimarahi. apabila dimarahi, sedih, dan menjauhkan diri. apabila pedih, menyendiri. apabila dibiarkan, keseorangan. dah biasa. sentiasa macam tu. biarkan seperti itu. senyap.

sepatutnya, dia tak perlu ... mempunyai siapa2 dalam dunia ni. sebab dia dah biasa bersendiri. kekurangan dia, berkawan, percaya, parasit. suka jadi kuli , dan suka dibuli. sentiasa diejek dan membiarkan diri diejek. meneruskan hidup dengan ejekan manusia. belajar mengejek manusia, apabila menyedari yg diri ini telah belajar untuk mengejek orang. lemah semangat tapi berkeinginan untuk memberi orang semangat. selalu down dan rasa diri tak dihargai.

menangis? sudah menjadi perkara rutin. yalah! manusia ni lemah. manusia ini sahaja. yg berkata2. ditinggalkan, semua, seseorang, biasa... parasit ini hidup, berdamping dengan manusia lain. memang tak patut berkawan. buang masa.

biar pekak, biar buta, biar bisu. tak layak. tak layak punya sesiapa.
orang mengira hari berjumpa dia, telah lama hilang. tiada. sementara dia masih bermimpi, dia hidup sama. orang yang sentiasa memberi semangat, lesap, dia hidup dengan memori lama. dia tak mahu padamkan. dia sendiri subur bersama mimpi itu. biarkan. orang yang kepingin untuk berjumpa dia, telah lama mati, tapi dia masih hidup bersama kenangan. kenangan itu memberi dia satu nyawa. nyawa yg mengejut dia dari tidur, dan mainan tidur dia. biarkan juga. itu lah dunia dia. memandang kebelakang adalah satu rutin harian. alat permainan. indah. taman bercanda dia , apabila runsing.

takda semangat.