Friday, 19 April 2013

Fikiran Melayang


setiap orang punya perasaan. sama ada ia dapat diekspresikan atau tidak. tak semua orang boleh kita penuhi kehendak hatinya, dan tak semua orang boleh kita gembirakan. kita hanya mampu memberi kesedihan yg "tidak disengajakan". aku bukan seorang perempuan yg sentiasa tidak berpuas hati. aku seorang perempuan yg tak punya perasaan, tapi itu dahulu. aku seorang perempuan yg tak fikir akan perasaan orang lain,sama ada mereka positif atau mereka negatif. ingin sekali aku terjun ke taman tiada hati yg sentiasa aku jengah seorang diri. di situ aku tak perlu sedih, menangis dan berfikiran negatif. aku seorang yg pemarah dan bukan peramah. aku tak suka di tegur saat aku keseorangan. aku kadang kala berfikir, kalau tiada orang di dunia ini, macam mana aku? aku suka berfikir, sampai aku rasa berat dan lelah. siapa tahu? tiada siapa tahu.

bila hati aku ade emosi. aku mula berperasaan. aku memberontak seperti gunung berapi yg sekian lama mendiam dan tidak aktif,dia pasif dahulu. sekarang dia bangun, dia mahu mencari perasaan2 di segenap manusia yg dia temui. seringkali gagal mencari perasaan,tapi tetap melangkah tanpa ada rasa jemu. langkah yg di bina selalu membawa air mata. bukan kerana dia sudah menemui perasaan, tapi dia di benci kerna perasaan di temui. berdosa.

aku ingin hapuskan semua perasaan yg tercipta. aku tak ingin tahu perasaan ini wujud dari manusia mana.

No comments: