Saturday, 1 December 2012

It's Normal To Be Left Alone.

-Someday you'll have a home underneath the chocolate-coloured bed. Nobody will stares at you. It gonna be total black.

-Normal Alone. One will think its crazy things to do. but I'm getting used to it, it happen since i was a child.

-I always wrote what i feel. because i don't know how to express it through my speech. I can talk in silent.

-When u walk,drive,eat, and do everything alone.... some One is watching, He always with us. I always remind it to myself.

-Literally, 24 hours... He never sleep.

-SO, to paint the picture clearly and beautifully.... Allah SWT is always with me wherever i go.

- Bismillahirrahmanirrahim... Ya Allah  Ya Tuhan-ku.... Aku berlindung daripada sifat malas, dan bakhil. Ya Rabbi, aku seorang hamba-Mu yg lemah sentiasa dalam keadaan hati yg binggung mencari cahaya-Mu. Jangan lah Kau pesongkan aku setelah Kau memberi ku petunjuk. Ya Allah Ya Rahman , bimbing lah aku ke jalan yg benar. Jangan Kau biarkan aku bersendirian kerana Aku selalu merasa tidak senang,aku hanya membiarkan diri  ini  sukar untuk didekati orang. Ya Rahim... limpahkanlah Rahman dan Rahim -Mu kepada ku, kaum keluarga ku, kawan2 ku, dan kaum2 muslimin dan muslimat terutama dia palestin dan tempat2 dimana para penegak Islam sedang bejuang untuk Agama Mu Ya Allah.Amin....


Wednesday, 10 October 2012

Rumah Kondo Aku.



Islam itu mudah sebab kita ikut, kalau kita tak ikut... kita rasa Islam tu banyak sangat pantang larang.

Tapi kalau nak difikirkan, Islam adalah agama yg satu. tak sama dengan agama lain. Kita ada Al Quran, pembimbing kita masa kita kat dunia, penolong kita masa kat akhirat.

Rugi lah kau kalau tak baca sehari. tak pegang sekali, tak tengok sekilas, tak cium dia lama dan sayang Al Quran.




Aku pernah cuba, lepas baca al Quran, i think u should try it. herm, masa kita dah habis tu, kita sodaqallahul'adzim tu. kita cium al quran dan cakap,




"Al quran ini adalah teman baikku di masa susah dan senang, yg akan menyelamatkan aku di kubur nanti, yg akan memberi cahaya pada kegelapan. aku sayang pada mu al quran."




best kan bila kita cakap ayat tu dalam hati, aku rasa korang mesti menangis bila cakap macam tu. aku sendiri tertanya2 kenapa. but , who can answer that question anyway.

btw, aku asyik cakap pasal appearance orang. tapi aku rasa aku takda la perfect mana. sebab aku ni kuat jeles. LOL. serious. im serious john.

husnu dzon. bersangka baik. macam mana kita nak hindarkan diri kita yg lemah ni, dari BERSANGKA BURUK. sebab consequences dia banyak lepas kita buat macam tu. kalau aku lah kan;

1- buat dunno
2- busykan diri
3- cari orang nak berbual
4- dengar ceramah.
5- jalan2 kat tepi pantai.

what else?? itu je kot. aku rasa pelik sebab syaitan makin banyak menggoda bila kita dalam proses nak berubah, ada rasa tak? kadang2 kita rasa malas nak baca quran lepas solat padahal kita dah niat sebelum solat yg kita ni nak baca alquran. tapi kita tangguh baca. ataupun, dah elok2 pakai tudung, tetibe je, tak jadi pakai. at least yg the first statement aku ni, dapat pahala sebab dah niat baca al quran. but the second statement, ta dapat pahala sebab dah buat dosa. repent.







jangan ikut macam dalam ni. ni just nak tambah gambar jer. huhuh


Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.



Kita ni cakap je kita cinta Nabi Muhammad, tapi sorang pun tak ikut sunnah dia secara telus (betul ke ayat aku ni?) well , termasuk aku skali.


aku nak tanya korang la, ade ke korang lepas makan, before nak basuh tangan tu, korang jilat jari korang? ha... tu sunnnah nabi. dapat pahala kalau ikut. erh, zaman globalisasi ni, siapa je nak ikut. even ada orang berpangkat pun, cakap yg jilat jari ni macam &*^&*&*%^&$%&^. malas aku nak cakap kat sini. Padahal dia orang Islam, kenapa malu? well you're a doctor. and you know, ada pangkat ada darjat ada duit ada segalanya, that doesnt mean yg kau akan masuk kubur cina atau india. LOL. aku boleh gerenti orang skarang ni , makan guna sudu garfu. bet dengan aku la. LOL.

Nabi bersabda, “Apabila seseorang dari kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada.” – Shahih Muslim; 2035.

okay tata. nak buat academic writing skill assignment.

Monday, 8 October 2012

Ketidakpuashatian Noktah.

subuh subuh buta dah keluar.

people call it NORMAL. nak cari rezeki kene awal pagi. Pi stadi kat pantai beb, sape tanak. but then i realized the sea is not the best place to study. pening bau laut. bukan aku tak mensyukuri nikmat. cuma memang taleh pi. the sea was nice , me is not nice.

Kebodohan melampau. =(

Some said, kebodohan itu bukan dari gene keturunan kita ni. sebab kita ni malas, so bodoh la kita ni. nampak tak orang bawak kereta kat terengganu ni??? sape yg perasan , (ke aku sorang je yg nampak kejadian ni) orang kat terengganu ni, drive kereta perlahan kat lane kanan, iaitu lane laju. wattahek? rasa macam nak langgar je kereta dorang. sometimes kan, yg buat jam kat jambatan sungai terengganu tu, bukan sebab ada crane berhenti situ tau, tapi DORANG BAWAK "LAJU" sangat! LOL.

Nasi minyak for breakfast.

The best thing in the morning is breakfast meal. kat terengganu ni, korang akan kenyang perut on the weekdays. sebab dorang masak delicacies. not FOOD. nasi dagang is the most favourite food that i loved. kat area Kg atas tol, simpang masjid pengadang baru. got a nice mouth watering food. kat atas bukan main nasi minyak , saje je. ada kekeliruan identiti. sesetangah masak MANIS sangat lauk, tak berapa nak suka la. so kena cari kedai yg elok2 skit.

tata. aku ade test statistics. =( i'm not feeling happy.


Saturday, 6 October 2012

Anak- anak kecik yg comel.

Pernah tak terfikir ada anak sendiri. Buat pengetahuan semua,dalam konteks ni aku bukan GATAL NAK KAHWIN. Aku suka budak kecik since anak buah pertama aku lahir kat dunia ni, irfan. After that, aku semakin suka dengan budak kecik yg kecik lagi kecik2. huhu~

secara maknawi, kita ni bila tengok budak kecik / baby automatically perasaan kasih tu mesti hadir walaupun kita akan buli dorang selepas kita sayang dorang. (hehe.... tkda la buli mana pun). Sekarang ni aku dah ada 4 orang anak buah. DAN AKU BANGGA. =peace=

Kenapa wujud manusia yg tak sayang bayi comel?
Even Nabi Muhammad SAW pun sayang akan anak2 kecil, ni kita ni... siapa kita pada mata yg Maha Esa yg tak mampu nak beri kasih sayang pada budak2 kenit ni.

Well, aku hanya boleh bagi assumption sahaja pasal keTIDAKPERIMANUSIaan manusia.
1- tekanan hidup dari segi family and ownself.
2- duit duit duit di mana kau duit
3- rasa macam bayi tu menyusahkan hidup (=_=)'
4- merasakan hidup dia dah sempurna, tapi lepas bayi tu lahir,rasa macam menyusahkan je bila ada bayi tu
5- Rasa macam dia bagus sebab dia lagi besar dan kuat than the baby.
6- dan banyak lagi assumption aku fasal perkara SERIOUS ni.

Aku cukup tak leh terima bila, MAK NGAN BAPAK yg BERZINA, tapi anak yg kene target. Suppose to be mak bapak dia yg kena sebat. bukan anak. ANAK LUAR NIKAH TIDAK BERDOSA.

AKU ULANG LAGI SEKALI, bagi semua faham.
ANAK LUAR NIKAH TIDAK BERDOSA.

Sobsobsob. sedih tau... Kenapa mak ayah dia takleh fikir ek bila dorang nak melakukan dosa besar ni. TAK TAKUT ALLAH ke??

Kes buang anak, kes campak bayi dari tingkat atas, kes bunuh bayi, kes tinggalkan bayi kat surau, kes belasah bayi, kes buang bayi dalam tong sampah.... kenapa senang sangat buat budak kenit yg tak berdosa macam ni?

aku macam tak leh fikir ngan otak aku yg macam ostrich ni. LOL~

If you like babies, please support them. bagi didikan agama yg cukup. supaya kat akhirat nanti, dia jadi salah seorang peghuni syurga.

Mak bapak yg open minded, biarkan anak remaja terlepas pi mai pi mai bkepit ngan jantan bukan mahram. whatthehek? rasa macam nak libas je punggung sendiri. (aik? apa kena mengena ngan aku?). please parents out there, anak perempuan bila dah berkeliaran, susah nak cari rumah nak balik. =P (im serious)

Mungkin siapa yg baca artikel ni salah seorang yg kenal aku, mungkin starting dari skola atau matrik atau u... but then, semua orang akan berubah. I'm one of those who change. Aku sayang Allah, Aku sayang Nabi Muhammad dan aku sayang AGAMA aku. 

that is me! LOL. I mean the person on the CERMIN. 
Kalau korang tak sayang agama sendiri, siapa nak sayang melainkan kita umat islam. Umat akhir zaman yg banyak dugaan, terkapai2 mencari pembimbing, bila Allah dah temukan orang utk ajak kita berubah bersama, selalu cari alasan dan asbab nak jauhkan diri dari Hidayat Allah. Bukan senang Allah nak bagi Hidayat free2. herm.... Astaghfirullahal'azim.

Sibuk buat statistics, nak test da Isnin ni. tata.

Saturday, 29 September 2012

Langit tak selalu cerah bro!


Assalamualaikum, bro!
macam gengster greetings. well, hari ni macam hari anjing( hari yg sangat mendukacitakan).
maybe aku rasa aku ni terlampau tension sangat.

macam mana nak overcome stress??
1- duduk
2- baring
3- tidur
4- mandi
5- baca quran.

I've done that!
kenapa kita tak rasa orang yg kita sayang, TAK SAYANG KITA???

itu satu persoalan yg berat. sebab kita mesti kena ad jawapan untuk perkara ni.
=_="

pertama skali, aku dah biasa duduk berseorangan. aku lone ranger sejak aku kecik lagi. aku takda kawan yg sangat2 rapat. as you all know, aku ni hati kering. susah nak nangis. when it comes to... macam mana ek? herm... crying part. aku memang tak leh nak tahan. aku mesti nanges tak leh blah punya.

----> just got a phone call from I (nama samaran). Alhamdulillah dia dapat rumah kedai. Aku did something sucks today. i never ever think about other's feeling. malam ni kalau I tak datang rumah sewa aku, means dia da tak perlukan aku da. and i shall step aside. takpa , as long as we have a life to live... just follow the flow. aku pun dah banyak kali meyusahkan hidup I. Lepas ni, dah takda orang da na ganggu. hahah! T_T



Arina yg bajet macam kuat semangat. never learned a lesson. always let people to stay in her heart and let them break this little hard soul. selalu fikir yg dia sangat pandai dan bagus.sentiasa ingin menang dan tak pernah rasa kalah. but this, little heart. this weak heart......

when somebody touches it  in every angle . this little heart will make a door for 'cry' to go out and run into my eyes. susah gila aku nak terima orang masuk dan kenal aku. dan bila orang dah kenal aku, aku jenis macam parasit. i'm a bad parasite. everybody hates that.

When that happen.... i suck every blood in the body of that person. they will die because of ME!

It's really a SAD day man! believe me! I'm down!

gila punya fluid mechanics!!!!!

Tuesday, 18 September 2012

Rentap Satu Kehidupan

Guys,
Remember this. Allah tu Maha Kuasa. Bila2 je boleh ambil nyawa kita.
Bila aku fikir , aku jadi takut, sebab aku tak tahu bila aku akan mati.
well, bukan ke kalau kita ingat mati, kita ni orang yg bijak??
Aku tak pernah ada experience mandikan mayat, but from my murobbi's story, sangat memilukan hati aku terus aku menyesal dan rasa yg selama aku hidup ni aku banyak berdosa. 22 tahun hidup kat bumi Allah ni... apa aku buat? apa sumbangan aku untuk agama aku Islam.

Guys,
aku bukannya nak membebel panjang. kalau ikut logik la, makin meningkat usia ni, bukan ke kita patut berubah lagi baik.
tak yah la fikir sangat dunia tu, bukan ke hidup kat syurga nanti lagi syiok??|
Allah dah suruh da kita buat perkara baik tinggalkan apa yg jahat. senang kan Allah bagi tips nak masuk syurga. MasyaAllah.

Babe,
macam gengster plak la type macam ni, tapi takpa.... rasa macam terbiasa lak kan. type style sms...
LOL.
aku rasa aku bersyukur jumpa sorang wanita ni. dia buat aku berubah appearance completely, aku bersyukur kat Allah sebab dapat berkenalan dengan dia saat aku rasa aku memang memerlukan perubahan.

Babe,
kau tak rasa ke yg akhirnya kau akan masuk liang lahad bersama2 perkara2 yg kau buat kat dunia.
seriously semua perkara Allah ukur. dari sekecil2 zarah sampai sebesar bijik sawi (sama kan? ahahah)
satu je perkara yg jelas lagi nyata, Allah suruh tutup aurat... kenapa tak nak ikut? macam kau kata kau dah baik hati, tapi still nampak rambut, kan tu sia2?? kalau kau tutup rambut kau yg lawa dengan tudung, bukan ke berganda kebaik hatian kau? (=_=)" ..
kau dah lawa,cuma kena jadi cun skit. pakai la tudung, tak jadi masalah kan???

by the way, aku sebenarnya tengah buat nota fluid mechanics,macam bosan kan...so aku saje je nak eksesais. hiiii~

illalliko'...

Proses mujahadah aku untuk sem ni.

" Aku adalah anak-anak panah Islam, campaklah aku ke mana saja, aku pasti berjuang untuk Islam"
- Saad bin Abi Waqas-

Wednesday, 12 September 2012

Buat ketiga kalinya

peace!

1. dah dapat leseng P kete , L moto...
2. rumah sewa baru dan kehidupan student luar
3. new subject for the new semester. (hai!!! happy!!! ^-^)
4. masak sendiri! tak cerewet! duit tak terbang sangat. utk sementara waktu ni
5. will doing crazy jobs with new crazy friends,
6. new tudung style. hope it stays where it should be.

DOA: Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah urusan hamba-Mu. Semoga semester baru ini , aku dapat target lagi tinggi dari sebelum ni. Jangan Kau jauhkan diri-Mu dari diri hamba-Mu yg sentiasa inginkan perhatian dari-Mu. Ya Allah Ya Rahim, pertemukanlah aku dengan kawan2 yg sentiasa mengingati-Mu. Agar kami bersama2 dapat menuju ke mardhatillah.  Amin Ya Rabbal 'Alamin.