Wednesday, 10 October 2012
Rumah Kondo Aku.
Islam itu mudah sebab kita ikut, kalau kita tak ikut... kita rasa Islam tu banyak sangat pantang larang.
Tapi kalau nak difikirkan, Islam adalah agama yg satu. tak sama dengan agama lain. Kita ada Al Quran, pembimbing kita masa kita kat dunia, penolong kita masa kat akhirat.
Rugi lah kau kalau tak baca sehari. tak pegang sekali, tak tengok sekilas, tak cium dia lama dan sayang Al Quran.
Aku pernah cuba, lepas baca al Quran, i think u should try it. herm, masa kita dah habis tu, kita sodaqallahul'adzim tu. kita cium al quran dan cakap,
"Al quran ini adalah teman baikku di masa susah dan senang, yg akan menyelamatkan aku di kubur nanti, yg akan memberi cahaya pada kegelapan. aku sayang pada mu al quran."
best kan bila kita cakap ayat tu dalam hati, aku rasa korang mesti menangis bila cakap macam tu. aku sendiri tertanya2 kenapa. but , who can answer that question anyway.
btw, aku asyik cakap pasal appearance orang. tapi aku rasa aku takda la perfect mana. sebab aku ni kuat jeles. LOL. serious. im serious john.
husnu dzon. bersangka baik. macam mana kita nak hindarkan diri kita yg lemah ni, dari BERSANGKA BURUK. sebab consequences dia banyak lepas kita buat macam tu. kalau aku lah kan;
1- buat dunno
2- busykan diri
3- cari orang nak berbual
4- dengar ceramah.
5- jalan2 kat tepi pantai.
what else?? itu je kot. aku rasa pelik sebab syaitan makin banyak menggoda bila kita dalam proses nak berubah, ada rasa tak? kadang2 kita rasa malas nak baca quran lepas solat padahal kita dah niat sebelum solat yg kita ni nak baca alquran. tapi kita tangguh baca. ataupun, dah elok2 pakai tudung, tetibe je, tak jadi pakai. at least yg the first statement aku ni, dapat pahala sebab dah niat baca al quran. but the second statement, ta dapat pahala sebab dah buat dosa. repent.
jangan ikut macam dalam ni. ni just nak tambah gambar jer. huhuh
Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Kita ni cakap je kita cinta Nabi Muhammad, tapi sorang pun tak ikut sunnah dia secara telus (betul ke ayat aku ni?) well , termasuk aku skali.
aku nak tanya korang la, ade ke korang lepas makan, before nak basuh tangan tu, korang jilat jari korang? ha... tu sunnnah nabi. dapat pahala kalau ikut. erh, zaman globalisasi ni, siapa je nak ikut. even ada orang berpangkat pun, cakap yg jilat jari ni macam &*^&*&*%^&$%&^. malas aku nak cakap kat sini. Padahal dia orang Islam, kenapa malu? well you're a doctor. and you know, ada pangkat ada darjat ada duit ada segalanya, that doesnt mean yg kau akan masuk kubur cina atau india. LOL. aku boleh gerenti orang skarang ni , makan guna sudu garfu. bet dengan aku la. LOL.
Nabi bersabda, “Apabila seseorang dari kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada.” – Shahih Muslim; 2035.
okay tata. nak buat academic writing skill assignment.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment