Setiap hari berfikir, pertelingkahan "keluarga", kenapa terjadi. Bila
diri diketepikan rasa nya bagaimana ya? satu badan menggeletar, dunggu dan
seperti mayat hidup yg inginkan kasih sayang. Ya! kasih sayang Allah no 1.
manusia? mana? aku berfikir adakah karna aku tak punya wang? karna aku seorang
yg perongos? penting diri? hei semua! aku diketepikan sekarang, dan aku rasa
situasi bagaimana orang meminggirkan aku.
tak berfikir panjang. babaknya seperti begini;
aku rasa diri aku melayang2. aku lapar. bila di tanya manusia, menu apa hari
ni, aku jawab tak tahu. dengan harapan, agar manusia memberi aku sesuap nasi,
cukup la rasa diri dihargai. tapi perkara ini mendapat jawapan negatif. aku tak
ada rasa. kosong. cukup kosong. dalam ramai2 orang di situ, jiwa aku kosong.
aku dipinggirkan. sorang. ya! aku sorang di dalam keramaian.
babak yang ini lebih rasa diri dah terbuang, mungkin aku;
"anak pungut".
membeli jam di suatu
pesta keramaian. aku sibuk mencari mangsa untuk membelanjakan wang aku, aku
ingin makan! dengar? aku harap dengar. aku manusia juga. aku ada satu saluran
untuk aku hidup. tapi malang, aku ditinggalkan juga. aku tak rasa aku ni penting.
mungkin...
hanya Allah tahu perasaan aku ditinggalkan. diketepikan. mungkin korang rasa
aku emosi, tapi ini aku, bukan kau.
nampak kelibat manusia memilih waktu. aku berlari ke sana. oh... membeli. ya,
mereka membeli tanpa ada aku. sebab?
aku tak mampu. sebab aku tak punya wang. sebab aku dipungut sahaja.
aku berkata, aku ingin juga sama seperti manusia ini, tapi wajah mereka
berubah. seperti tidak suka,menjauh. manusia ini meletakkan kembali barang yg
ingin dibeli, meninggalkan aku. ya! aku ditinggalkan lagi. sebab aku sampah.
mungkin... sampah berharga. manusia tak menghargai aku. sebab? aku papa. dan
aku juga kedana.
"menggigil sejuk"
aku rasa dunia aku kelam. mungkin disebabkan aku dipilih,menjadi pilihan
terakhir. pilihan yg paling tidak bijak untuk didampingi. IM USELESS. aku rasa
aku seperti kain, bilamana sampai usia, kain buruk tempat terakhir di jumpai.
aku meneruskan langkah. aku berkata dalam hati, aku guna duit sendiri. tak
meminta sesiapa untuk memberi duit pada aku. Ya ! aku berdosa kerna menyebabkan
manusia2 ini gagal mencapai misi mereka sebentar tadi. aku kejam? atau mereka?
berfikir...
aku bukan manusia yg sentiasa tidak berpuas hati. manusia seringkali menganggap
aku hipokrit. pada pandangan manusia, aku boleh digunakan selagi boleh dipakai.
aku tak lunyai. aku boleh diketepikan kerna aku keseorangan. tak mengapa. aku
terbiasa.
diam...