Monday, 29 August 2011

takda kena mengena.

Nak raya ni. kenapa aku masih rasa...

1- weh, tak payah raya. kau tak puasa full
2- lahhhh~ ramadhan pun kau tak raikan bebetul, toksey pikir raya laaa
3- banyak barang tak beli, takpa la raya sempoi
4- banyak dosa sangat... kenapa!!!!
5- kalau kau raya, badan kau kembang, makan tu makan ni. baik puasa.
6- duh~ you are soooo boring. benci tengok muka kau benci!!!!

P/s: tarawikh tadi, ramai muslimah jugak la yg hadir. best. cuma aku nak tidur juga. tapi aku gagahkan.. aku tak la makan banyak masa iftar tadi, aku bantai meehooonn je.

P/s2: rasa tak layak da kawan ngan siapa2. sebab diri ni memang tak layak. baik jauhkan diri. betul la cakap shiemilionaire..baik diam.

P/s3: hidup tak semestinya indah. laluinya dengan rasa... WOW factor...

selamat hari raya, maaf zahir dan batin, taqabballah minna wa minkum.

Sunday, 28 August 2011

Kau , ya kau!

Assalamualaikum.
a perfect day for a perfect eid,
Raya this year i dont feel like 'em.
Just simple because i dont feel like it.

P/s: 2 hari terakhir di surau. kakak niqab tu takda. maybe dah balik kg, on jumaat. =)
well, solat tarawikh yg wonderful. semalam aku terhangguk2 dalam surau sebab letih sangat. adei.
tapi takda la extreme sangat hangguk2 tu.

P/s2: I made two jars of cookies for this raya, its famous amos and samperit perit (look like a butterfly and a sampan made of logs) duhhh~

Sunday, 21 August 2011

Baru aku faham...

"Unzur ila man qaala wala tanzur ila man qaala"

maksud: lihatlah pada apa yang diperkatakan, jangan kamu lihat pada siapa yg berkata.


Menangisi Malam Penentuan

Ingin hidup 1000 tahun lagi (ceh macam lagu imran ajmain)

tapi, bukan ke makin lama hidup makin tak tertanggung dosamu,

sebab itu diberinya waktu untuk bertaubat bukan untuk menambah dosa yg telah ada,

bila difikirkan,

diri ini belum cukup ilmu di dada untuk menyampaikan,

tetapi bukan ke kalau semua orang sedemikian rupa,

macam mana nak tempuh imtihan ini?

maka berpesan-pesan lah kamu wahai sahabatiah terutamanya kepada sahabat solehah,

jangan dipegang saja tangan mereka,

kerana genggaman tangan tak begitu kuat,

rangkul lah, dakap lah mereka supaya tak terlepas dari pandangan matamu,

yakni orang yang boleh merosakkan kita, dunia akhirat.

jauhilah mereka yang benar-benar tidak boleh menerima teguran dan nasihat selepas berusaha.

semoga perjuangan ini diberkati Allah selalu. InsyaALLAH.


P/s: malam ke sepuluh terakhir hari tu (hari jumaat) , aku dapat peluang solat sebelah kakak berniqab tu... MasyaAllah... sangat hebat. ntah, aku tk tahu apa perasaan aku. nak nanges, memang nanges pun, tapi bukan nanges sebab dia, tapi aku nanges sebab aku banyak dosa. aku hambaAllah yang hina. aku terdengar perbualan dia bersama rakan dia masa ceramah agama, hihi...dia ustazah sekolah tahfiz. dia hafal ayat AQ... aku? baru terkedek2 nak hafal balik. tapi hafal tetap hafal bersama penghayatan. InsyaAllah. mumtaz arina!

Thursday, 18 August 2011

sahabatiah...

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku,

Sahabat yang baik adalah seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati,

Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka,

Jika itu aku dapatkan,Aku berjanji aku akan selalu setia bersamanya,

Kuhulur tangan kepada Sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang,

Semakin ramai aku peroleh sahabat, AKU SEMAKIN PERCAYA DIRI.
(imam shafie)

P/s: masa di surau tadi, aku ternampak perempuan berpakaian jubah coklat gelap dan berpurdah (aku tak pasti sama ada niqab atau purdah), cumanya... terdetik dalam fikiran aku, bila masa aku akan sampai begini. aku tak berani nak salam pun masa nak balik, why? aku malu dengan diri aku sendiri. lepas salam makcik dua belah aku, aku terus keluar dan berjalan pantas balik ke rumah. still, kenapa aku macam ni? aku tak sedap hati, aku rasa pelik, aku rasa gelisah...
walhal, aku tahu kenapa aku jadi begini. insyaAllah, hidayah Allah tu datang bila kita cari betul2. semoga Allah sentiasa bersama aku dan semua orang yg aku kasihi dan temui selama aku hidup.

Monday, 15 August 2011

bismillah. isnin hujan di kuala lumpur.

Aku rasa diri aku berdosa. entah kenapa aku rasa di sisa. ='(
macam hujan turun, sekejap ada...sekejap takda.
macam tu ke iman aku?
aku harap berterusan agar dapat aku menuju mardhatillah.
aku pandang mujahidah.
sedihnya, asal aku tak macam tu dulu?
perubahan kena perlahan2... hanya Allah je mampu.
jangan kerana orang sekeliling...kita terkinjal2 macam monyet.


GIVING EXPOSURE TO EVERYBODY ARE TOO MUCH TO BE ENTERTAINED,
BETTER STOP FILLING EVERYONE WITH YOUR CHILDISH IMITATE,
BE WISER AS YOU GROW OLDER BECAUSE YOU'RE NOT GETTING YOUNGER AND YOU'RE ALMOST NEAR TO GOD'S CALL.
COLLECT REWARDS BUT NOT SINS. STOP MAKING FACEBOOK AS YOUR SIN'S COLLECTOR.

" Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan kami uji perihal kamu"
(31:47)

Thursday, 4 August 2011

Praise to Allah SWT

Innamaa Asykuu BashSyaa Wahuznii Ilallah.

"I only complain Of My grief And sorrow To Allah"

-surah alHajj

Monday, 1 August 2011

Am I the Black sheep In my family?












Back then, I've been thinking about my future. Currently I feel lost and don't know what ARE my perspective of life. When it comes to family ... I'm the stubborn and a challenger. My siblings, the eldest. I strongly said that they are successful. Come again the tittle "AM I THE BLACK SHEEP IN MY FAMILY?"

P/s: solat sunat tarawikh kedua memberi makna bila mak ikut bersama dengan adikku. <3

YA ALLAH YA TUHANKU, SEMOGA RAMADHAN YANG PENUH BARAKAH INI MEMBERI SERIBU KEINSAFAN KEPADAKU UNTUK MENJADI MUSLIMAH YANG SENTIASA MENGINGATIMU. PERUBAHAN YANG AKU LAKUKAN TERHADAP DIRIKU INI KUBERDOA SENTIASA KONSISTEN DAN MENINGKAT. YA RAHMAN YA RAHIM, AKU MEMOHON AKU DIRIKU, KELUARGAKU, KAUM KERABATKU, DAN KAWAN2 KU SENTIASA BERADA DI JALAN FISABILILLAH. ROBBANA AATINA FIDDUNYA HASANAH WA FIL AAKHIRATI HASANAH WAQIKANA AZABANNAR. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.