Wednesday, 10 October 2012

Rumah Kondo Aku.



Islam itu mudah sebab kita ikut, kalau kita tak ikut... kita rasa Islam tu banyak sangat pantang larang.

Tapi kalau nak difikirkan, Islam adalah agama yg satu. tak sama dengan agama lain. Kita ada Al Quran, pembimbing kita masa kita kat dunia, penolong kita masa kat akhirat.

Rugi lah kau kalau tak baca sehari. tak pegang sekali, tak tengok sekilas, tak cium dia lama dan sayang Al Quran.




Aku pernah cuba, lepas baca al Quran, i think u should try it. herm, masa kita dah habis tu, kita sodaqallahul'adzim tu. kita cium al quran dan cakap,




"Al quran ini adalah teman baikku di masa susah dan senang, yg akan menyelamatkan aku di kubur nanti, yg akan memberi cahaya pada kegelapan. aku sayang pada mu al quran."




best kan bila kita cakap ayat tu dalam hati, aku rasa korang mesti menangis bila cakap macam tu. aku sendiri tertanya2 kenapa. but , who can answer that question anyway.

btw, aku asyik cakap pasal appearance orang. tapi aku rasa aku takda la perfect mana. sebab aku ni kuat jeles. LOL. serious. im serious john.

husnu dzon. bersangka baik. macam mana kita nak hindarkan diri kita yg lemah ni, dari BERSANGKA BURUK. sebab consequences dia banyak lepas kita buat macam tu. kalau aku lah kan;

1- buat dunno
2- busykan diri
3- cari orang nak berbual
4- dengar ceramah.
5- jalan2 kat tepi pantai.

what else?? itu je kot. aku rasa pelik sebab syaitan makin banyak menggoda bila kita dalam proses nak berubah, ada rasa tak? kadang2 kita rasa malas nak baca quran lepas solat padahal kita dah niat sebelum solat yg kita ni nak baca alquran. tapi kita tangguh baca. ataupun, dah elok2 pakai tudung, tetibe je, tak jadi pakai. at least yg the first statement aku ni, dapat pahala sebab dah niat baca al quran. but the second statement, ta dapat pahala sebab dah buat dosa. repent.







jangan ikut macam dalam ni. ni just nak tambah gambar jer. huhuh


Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.



Kita ni cakap je kita cinta Nabi Muhammad, tapi sorang pun tak ikut sunnah dia secara telus (betul ke ayat aku ni?) well , termasuk aku skali.


aku nak tanya korang la, ade ke korang lepas makan, before nak basuh tangan tu, korang jilat jari korang? ha... tu sunnnah nabi. dapat pahala kalau ikut. erh, zaman globalisasi ni, siapa je nak ikut. even ada orang berpangkat pun, cakap yg jilat jari ni macam &*^&*&*%^&$%&^. malas aku nak cakap kat sini. Padahal dia orang Islam, kenapa malu? well you're a doctor. and you know, ada pangkat ada darjat ada duit ada segalanya, that doesnt mean yg kau akan masuk kubur cina atau india. LOL. aku boleh gerenti orang skarang ni , makan guna sudu garfu. bet dengan aku la. LOL.

Nabi bersabda, “Apabila seseorang dari kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada.” – Shahih Muslim; 2035.

okay tata. nak buat academic writing skill assignment.

Monday, 8 October 2012

Ketidakpuashatian Noktah.

subuh subuh buta dah keluar.

people call it NORMAL. nak cari rezeki kene awal pagi. Pi stadi kat pantai beb, sape tanak. but then i realized the sea is not the best place to study. pening bau laut. bukan aku tak mensyukuri nikmat. cuma memang taleh pi. the sea was nice , me is not nice.

Kebodohan melampau. =(

Some said, kebodohan itu bukan dari gene keturunan kita ni. sebab kita ni malas, so bodoh la kita ni. nampak tak orang bawak kereta kat terengganu ni??? sape yg perasan , (ke aku sorang je yg nampak kejadian ni) orang kat terengganu ni, drive kereta perlahan kat lane kanan, iaitu lane laju. wattahek? rasa macam nak langgar je kereta dorang. sometimes kan, yg buat jam kat jambatan sungai terengganu tu, bukan sebab ada crane berhenti situ tau, tapi DORANG BAWAK "LAJU" sangat! LOL.

Nasi minyak for breakfast.

The best thing in the morning is breakfast meal. kat terengganu ni, korang akan kenyang perut on the weekdays. sebab dorang masak delicacies. not FOOD. nasi dagang is the most favourite food that i loved. kat area Kg atas tol, simpang masjid pengadang baru. got a nice mouth watering food. kat atas bukan main nasi minyak , saje je. ada kekeliruan identiti. sesetangah masak MANIS sangat lauk, tak berapa nak suka la. so kena cari kedai yg elok2 skit.

tata. aku ade test statistics. =( i'm not feeling happy.


Saturday, 6 October 2012

Anak- anak kecik yg comel.

Pernah tak terfikir ada anak sendiri. Buat pengetahuan semua,dalam konteks ni aku bukan GATAL NAK KAHWIN. Aku suka budak kecik since anak buah pertama aku lahir kat dunia ni, irfan. After that, aku semakin suka dengan budak kecik yg kecik lagi kecik2. huhu~

secara maknawi, kita ni bila tengok budak kecik / baby automatically perasaan kasih tu mesti hadir walaupun kita akan buli dorang selepas kita sayang dorang. (hehe.... tkda la buli mana pun). Sekarang ni aku dah ada 4 orang anak buah. DAN AKU BANGGA. =peace=

Kenapa wujud manusia yg tak sayang bayi comel?
Even Nabi Muhammad SAW pun sayang akan anak2 kecil, ni kita ni... siapa kita pada mata yg Maha Esa yg tak mampu nak beri kasih sayang pada budak2 kenit ni.

Well, aku hanya boleh bagi assumption sahaja pasal keTIDAKPERIMANUSIaan manusia.
1- tekanan hidup dari segi family and ownself.
2- duit duit duit di mana kau duit
3- rasa macam bayi tu menyusahkan hidup (=_=)'
4- merasakan hidup dia dah sempurna, tapi lepas bayi tu lahir,rasa macam menyusahkan je bila ada bayi tu
5- Rasa macam dia bagus sebab dia lagi besar dan kuat than the baby.
6- dan banyak lagi assumption aku fasal perkara SERIOUS ni.

Aku cukup tak leh terima bila, MAK NGAN BAPAK yg BERZINA, tapi anak yg kene target. Suppose to be mak bapak dia yg kena sebat. bukan anak. ANAK LUAR NIKAH TIDAK BERDOSA.

AKU ULANG LAGI SEKALI, bagi semua faham.
ANAK LUAR NIKAH TIDAK BERDOSA.

Sobsobsob. sedih tau... Kenapa mak ayah dia takleh fikir ek bila dorang nak melakukan dosa besar ni. TAK TAKUT ALLAH ke??

Kes buang anak, kes campak bayi dari tingkat atas, kes bunuh bayi, kes tinggalkan bayi kat surau, kes belasah bayi, kes buang bayi dalam tong sampah.... kenapa senang sangat buat budak kenit yg tak berdosa macam ni?

aku macam tak leh fikir ngan otak aku yg macam ostrich ni. LOL~

If you like babies, please support them. bagi didikan agama yg cukup. supaya kat akhirat nanti, dia jadi salah seorang peghuni syurga.

Mak bapak yg open minded, biarkan anak remaja terlepas pi mai pi mai bkepit ngan jantan bukan mahram. whatthehek? rasa macam nak libas je punggung sendiri. (aik? apa kena mengena ngan aku?). please parents out there, anak perempuan bila dah berkeliaran, susah nak cari rumah nak balik. =P (im serious)

Mungkin siapa yg baca artikel ni salah seorang yg kenal aku, mungkin starting dari skola atau matrik atau u... but then, semua orang akan berubah. I'm one of those who change. Aku sayang Allah, Aku sayang Nabi Muhammad dan aku sayang AGAMA aku. 

that is me! LOL. I mean the person on the CERMIN. 
Kalau korang tak sayang agama sendiri, siapa nak sayang melainkan kita umat islam. Umat akhir zaman yg banyak dugaan, terkapai2 mencari pembimbing, bila Allah dah temukan orang utk ajak kita berubah bersama, selalu cari alasan dan asbab nak jauhkan diri dari Hidayat Allah. Bukan senang Allah nak bagi Hidayat free2. herm.... Astaghfirullahal'azim.

Sibuk buat statistics, nak test da Isnin ni. tata.