Monday, 29 November 2010

destini perjuangan bangsa

Anjakan paradigma di Gunung Ledang.

Aku kini mengkagumi bait2 puisi melayu iaitu warisan. Aku sedar akan kejahilan aku sebagai anak melayu yang suka akan keseronokan tanpa memikirkan siapa aku, yang dahulunya nenek moyangku tuntut di atas tanah melayu. Kebebasan dari penjajah. Segala parasit yang berpijak di bumi bertuah ini telah di halau jauh nun di sana. Jangan di toleh ke belakang parasit, kelak kepalamu akan dipenggal oleh nenek moyangku nanti. Segalanya terungkai terbongkar disetiap desiran daun2 yang jatuh di atas kota hutan ini. Gunung Ledang, nama yang tak asing aku dengar, selama aku belajar di melaka. Tak pernah terlintas untuk aku mengetahui sejarah yang tersingkap disebalik nama ini. Setiap perjalanan aku masuk ke hutan ini, setiap pokok yang berdiri teguh akan mula bertanya, siapa gerangan aku untuk memasuki tanah zaman kesultanan melayu ini. Siapa aku untuk melihat khazanah abadi yang tercipta di tanah melayu pusaka nenek moyang aku? Apakah kuasa yang kau ada untuk menerokai apa yang tersirat dan tersurat di sebalik rimbunan akar kayu yang terbungkam di bumi ledang ini? Aku hanya mampu termanggu kerana aku hanya lah manusia biasa yang tak kenal erti budi dan hargai apa itu melayu pada zahirnya dan batinnya.

Aku, arina anak ledang 1017. sedar yang perjuangan aku belum selesai. Destini anak bangsa terletak di tangan aku dan semua bangsa melayu. Apa yang aku perjuangkan ini hanyalah pendidikan bangsa aku semata. Bukan untuk menyerang parasit lain yang meminjam tanah melayu secara membabi buta. Setiap air mata yang jatuh ke bumi ledang akan tetap aku kira. Akan ku tuntut semua titis air mata kaca yang telah berderai di bumi ledang selama aku belajar di sana. Kelak akan ku teriak, aku anak melayu yang dibesarkan di Gunung Ledang bersama rakan2 seperjuangan aku. Akan aku buktikan, tak sia2 nenek moyangku bermandi darah perwira hanya untuk menyelamatkan bangsa sendiri. Bangsa*lah melayu itu jika tak kenal erti perjuangan melayu. Aku bukan anti perkauman, aku hanya anak melayu yang sedar akan hak aku supaya anak melayu generasi yang akan datang takkan mundur dek miskin pengetahuan. Aku takkan biarkan anak2 aku kelak, kencing di atas tanah kubur aku sendiri disebabkan kealpaan aku untuk memberi pendidikan untuk anak2 aku. Aku sedar perjuangan aku belum selesai. Perjalanan aku masih jauh lagi untuk memberi sejumlah tenaga massive untuk bangsa aku sendiri. Kini aku terjaga dari tidur, aku berharap segala janji yang aku bisikkan di benak hati aku akan dilaksanakan dengan tulus. Jangan dibiarkan anak bangsa sendiri diperkotak-katikkan bangsa lain. Pendidikan amat penting supaya diri sendiri tidak mudah ditolak beransur-ansur.

Wahai anak melayu, kita tak punya masa. Belajarlah. Belajarlah. Untuk kesenangan bangsa, bukan untuk kesenangan diri. Kita melayu, punya budi bahasa yang tinggi. Baru kusedar, kita semakin hari semakin ditolak ketepi di atas tanah sendiri. Jika aku punya cita2 untuk memperjuangkan hak aku sebagai anak melayu, kau juga punya hak untuk tuntut segala benda yang telah dirampas dari bangsa kita. Setiap pelajaran yang telah diselongkar aku, takkan aku ketepikan. Madah ini kusimpan jika perlu dan akan aku berikan jika mau. Jangan bersikap optimistik terhadap bangsa sendiri, binasalah kita nanti. Aku hanya penuntut universiti yang tak punya harta tapi cukup lah kesedaran yang aku ada agar rakan2 seperjuangan aku tidak kebelakang. Kami sama2 menuntut. Mencari ilmu abadi. Agar destini anak bangsa aku tetap dipelihara kini.

Aku anak ledang 1017, meminta pengampunan semua. Jika terkasar bahasa, maaf kupinta. Tujuan coretan kali ini, hanyalah untuk membuka mata sendiri dan rakan2. Bukan untuk kepentingan diri supaya diri orang lain terancam dan diganggu-gugat. Aku ingin membuat satu konklusi di sini, rakan2ku, bangsa melayu kian mundur dengan pendidikan. Dengan pendidikan lah melayu akan kembali ke posisi sebenar untuk mengorak langkah dan mengembalikan zaman kegemilangan melayu. Jangan diturutkan hati dengan sejarah lama, pulihkan segera sejarah hitam agar tak bisa ia selubungi hati setiap anak melayu yang mengatakan melayu itu lemah. Berikan lah diri sendiri satu tamparan, kerana melayu pada satu masa dahulu adalah yang terhebat di pelusuk dunia. Gembiralah kita jika pendidikan bangsa melayu kembali teguh. Melayu takkan hilang di dunia, itu kata aku.

No comments: