Monday, 29 November 2010

alamat: A2.4.12, KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN, KUALA PILAH.

SURAT INI DITUJUKAN KEPADA ROOMMATES YANG TERCINTA DI KMNS A2.4.12

penulisan kali ini adalah bertujuan untuk membalas surat eletronik dari dayah hanipah. So, aku tulis nama korang nanti bukan ikut alphabet or priority. Its just the hand who type according to my brain actually. Yang dua ekor ni iaitu iela alias ngan nad mustapa sila balas surat dari dayah, PRONTO!

Dayah my sweet eater, Nad my sexayy perut, Iela my beauty rambuts;
kau membuat kuberantakan masa baca surat anda. Aku nangis lah. Haha!! thanks nyah buat akaq melalak atas kamar. Tak pernah2 nyah rasa sedih nak balik ke KMNS. Tapi rindu tuh tetap rindu. Aku rindu bau bilik kita yang busuk, weh wangi lah actually, sebelah tandas, hoho.. tempat aku karok ngan nad mase mandi haha!! kan nad? Btw, tandas tuh menyebabkan ramai yang meninggal dunia pada waktu pagi. Siap talkin dan ditanam bersama2 foam. The craziest room I said. Waktu raya lagi lah... bilik kita jadi markas main mercun. Sampai kena panggil ngan cikgu zaki tapi iela ngan daya tak kena. Agagga... walaupun aku tak pandai main, aku turut bersama2 menjayakan program tersebut bersama 'KALAU MENEBANG' GENG. Ntah mana2 dapat nama. Dayah yang kuat makan burger, kalau tak double tuh dah tak standard lah kan. Baru lah gempak kalau makan double, cukup syarat lah katakan. Aku suka tangkap gambar kau stadi actually, ade copy satu je. Sebab hp sony k770i dah bagi kat bapak aku. Aku terdelete plak aiii.. hahaha.. tapi ni ade lagi aa.. siap style lagi tuh. Nyah, akaq tak dapat cer kat sini style ape nyah, harap maklum. Agagag... nanti tak syiok lah kalau beritahu. Setiap kali gathering makan je, mesti nak ngumpat, kalau tak ngumpat pun kita buat ape hek? Kita makan sampai dayahhh proooottttt.. proooottt.. hahah!!! ok ok. Sorry dayah. Kita ade speciality sendiri when to prooooottt prrroooott... bahaha!! lawak lah.! Nad kau tahu aku ade dalam tandas tuh masa kau buat aksi sendirian dalam toilet, prooott prroooott ingat gua tak dengar kep? Gua saje buat pekak. Haha!! lawak wehh.. iela lak... hehehe... ayat biasa aku dengar dalam bilik, ' oppsss sorry ekh korang iele prooooottt' bahahha!!! kat katil pun jadik ekh iela... mase stadi tanak pulak kan. Tapi korang ape pun best. Main gitar pun semua keluar nak main samaaaa.. nak nyanyi sama.. tapi lepas pukul 3 pagi korang tidur nad still ade teman kan aku. Thanks nad. Kau the rawkess laaa. Kau layan je kan lagu2 bosan dari aku. Sampai dah hafal segala. Ahhh.. same je ngan kau. Weh c-40 aku dah jongang, suara dia dah cam tak semerdu dulu, tapi aku dah tukar dah string dia, mahal lak tuh, jenama sama ngan dia. Takkan tak sedap. Ke aku dah tua dah tak pandai main?? there are lotsa things to sing witya nad. Iela, dayah. Mana korang doe! I was lost dalam uitm tuh. Aku tak tahu ape aku buat kat sana, kenapa aku amek course tuh. Apahal aku macam blur nak mampus. Tapi ape yang penting, korang tahu tak AKU RINDU NAK BELASAH KORANG.!! AHH DEMM.... rindu korang kot. Thanks for the good memories to rewind. Nad, malam2 kau akan datang katil aku if aku tak tidur. I like the way we share, dari katil kau and katil aku.... kau akan tanya aku dah tidur ke belum if not, kau akan datang kat katil aku. Or we talk outside. The best and greatest thing i've experienced in life. Iela, kau suka nangis kan sorang2? Kau ingat aku taktahu ke? Hah!! aku dengar kau nangis tapi tu tak selalu lah, aku akan dengar kau menangis sampai kau habis, tak pun aku datang katil kau, sambil peluk kau, tapi kau tak suka, aku tahu. Tuh sebab aku tend to stay at my bed till you fall asleep. Esok hari nya iela buat macam biasa, iela selalu gembira. Kita suka iela macam tuh. Haha.. iela suka kacau kita kan iela? Main rambut kita... tidur kan kita. Iela... kita rindu iela, rindu dengar iela salah nyanyi semua, rindu tengok iela baca buku bio tebal2. Rindu tengok iela macam mak membebel. Dayah, cinta pertama kau dah jadi cikgu belum? Kitorang ade buat lagu pasal dia right, do you still keep it? I want it. Aku nak video kita semua. Aku rasa time kita spend kat matrik takda lah lama sangat tapi enough to remember someone till we die kan? Nad, kita akan selalu jumpa bila setiap cuti sem. I am waiting for the karoks day. Sneaking out from the house late at night sampai subuh baru balik rumah. Shisha is the best. Pi kat the castle or andalus. It was quite enjoyable. Now aku tunggu kau balik KL kita main gitar sampai muntah. Hahha!!! bring on your gitar too. Pastikan dah tune k babe. I will make sure mine also dah tune. Korang tahu tak, aku tak tahu lah if aku punya results for this first sem macam hampeh, but i've tried my very best to answer all the question. Aku tabahkan hari aku. I was hoping something to make me stand up. Ohh... korang still ingat tak nama2 yang aku bagi kat korang tuh dalam siri kartun DORAEMON. Haha... cepat2. Sape ingat lagi? Sape sunyo? Sape giant? Sape nobita? Siapa sizuka? Haha... dahtu aku takda keje.. habis almari korang aku conteng.. konon tension lah kan. Padahal memang ye pun. Hihihi.... jaybeng tempat nad. Kuantan tempat iela, rompin tempat dayah, aku cheras. Hahha... lagi tuh.. almari nad kat depan pintu tuh, aku conteng habis.. nad redha je. Nad sorry nad layan karenah aku yang pelik lgi cumel. Awww~~... ape lagi ekh? Ohh... main badminton ngan nad, guna racquet qeena. Nad kita exercise nad!! ingat lagi tak? One day tuh kita nampak sulastri naik beskal... kita terus mintak dia kan? Kau ride aku weeeeh...sampai hujung. Pastu patah balik. Nampak kau cikgu zaki, hahah!! sian sulastri. Dia kena marah. Alahai.. suka kita lah nak buat ape. Ohh.. lagi tuh kita main gitar. Kat jalan raya belakang tuh. Kat koop at night.... sometimes. Main futsal... once. Junggle trekking ngan qeena, wawani, alin and wawa. Kita tengok movie sesama. Weh, kau ingat lagi tak? Kalau time kita nak exam je, aku mesti takda dalam bilik, aku memang camtu kat korang kan? Suka bersendiri. Kalau tak kat bilik TV, kat bilik tv ,cafe, takpun kat library. Nad ngan iela suka ikut aku pi library kalau ajak la. Tapi library tuh annoying sangat, kena pakai lawa2. Padahal aku kat library UiTM ni hari sabtu ahad aku pakai slipa jamban kot. Mane ade mase dorang nak check semua. Weird. How we can get along so smoothly. Bila nak jumpa ha nyah? Iela ni jauh sangat!!! weh doktor, kau jadi doktor baik sket ekh. Nak rawat aku nad and dayah nanti senang, kitorang pi kat kau je. Dapat free treatment tak? Heheh.. dayah, kau nak jadi ape? Nad kau nak jadi ape? Iela kau nak jadi ape? Ohh.. lupa, bilik kita ade name kan? House of lesbo. Bahahah!! lawak betul lah. Kat dinding ngan grill kat bilik kita tuh, aku ade conteng kan? Sian korang. Hahha... nad, aku tahu kau ade buat vid hari terakhir kita kat KMNS ngan anis, aku tahu. Bagi aku!!! aku nak. Agaga.. k lah macam banyak je cer ni. Pening aku. Kang korang takda mende nak tulis kang. Byeee...

destini perjuangan bangsa

Anjakan paradigma di Gunung Ledang.

Aku kini mengkagumi bait2 puisi melayu iaitu warisan. Aku sedar akan kejahilan aku sebagai anak melayu yang suka akan keseronokan tanpa memikirkan siapa aku, yang dahulunya nenek moyangku tuntut di atas tanah melayu. Kebebasan dari penjajah. Segala parasit yang berpijak di bumi bertuah ini telah di halau jauh nun di sana. Jangan di toleh ke belakang parasit, kelak kepalamu akan dipenggal oleh nenek moyangku nanti. Segalanya terungkai terbongkar disetiap desiran daun2 yang jatuh di atas kota hutan ini. Gunung Ledang, nama yang tak asing aku dengar, selama aku belajar di melaka. Tak pernah terlintas untuk aku mengetahui sejarah yang tersingkap disebalik nama ini. Setiap perjalanan aku masuk ke hutan ini, setiap pokok yang berdiri teguh akan mula bertanya, siapa gerangan aku untuk memasuki tanah zaman kesultanan melayu ini. Siapa aku untuk melihat khazanah abadi yang tercipta di tanah melayu pusaka nenek moyang aku? Apakah kuasa yang kau ada untuk menerokai apa yang tersirat dan tersurat di sebalik rimbunan akar kayu yang terbungkam di bumi ledang ini? Aku hanya mampu termanggu kerana aku hanya lah manusia biasa yang tak kenal erti budi dan hargai apa itu melayu pada zahirnya dan batinnya.

Aku, arina anak ledang 1017. sedar yang perjuangan aku belum selesai. Destini anak bangsa terletak di tangan aku dan semua bangsa melayu. Apa yang aku perjuangkan ini hanyalah pendidikan bangsa aku semata. Bukan untuk menyerang parasit lain yang meminjam tanah melayu secara membabi buta. Setiap air mata yang jatuh ke bumi ledang akan tetap aku kira. Akan ku tuntut semua titis air mata kaca yang telah berderai di bumi ledang selama aku belajar di sana. Kelak akan ku teriak, aku anak melayu yang dibesarkan di Gunung Ledang bersama rakan2 seperjuangan aku. Akan aku buktikan, tak sia2 nenek moyangku bermandi darah perwira hanya untuk menyelamatkan bangsa sendiri. Bangsa*lah melayu itu jika tak kenal erti perjuangan melayu. Aku bukan anti perkauman, aku hanya anak melayu yang sedar akan hak aku supaya anak melayu generasi yang akan datang takkan mundur dek miskin pengetahuan. Aku takkan biarkan anak2 aku kelak, kencing di atas tanah kubur aku sendiri disebabkan kealpaan aku untuk memberi pendidikan untuk anak2 aku. Aku sedar perjuangan aku belum selesai. Perjalanan aku masih jauh lagi untuk memberi sejumlah tenaga massive untuk bangsa aku sendiri. Kini aku terjaga dari tidur, aku berharap segala janji yang aku bisikkan di benak hati aku akan dilaksanakan dengan tulus. Jangan dibiarkan anak bangsa sendiri diperkotak-katikkan bangsa lain. Pendidikan amat penting supaya diri sendiri tidak mudah ditolak beransur-ansur.

Wahai anak melayu, kita tak punya masa. Belajarlah. Belajarlah. Untuk kesenangan bangsa, bukan untuk kesenangan diri. Kita melayu, punya budi bahasa yang tinggi. Baru kusedar, kita semakin hari semakin ditolak ketepi di atas tanah sendiri. Jika aku punya cita2 untuk memperjuangkan hak aku sebagai anak melayu, kau juga punya hak untuk tuntut segala benda yang telah dirampas dari bangsa kita. Setiap pelajaran yang telah diselongkar aku, takkan aku ketepikan. Madah ini kusimpan jika perlu dan akan aku berikan jika mau. Jangan bersikap optimistik terhadap bangsa sendiri, binasalah kita nanti. Aku hanya penuntut universiti yang tak punya harta tapi cukup lah kesedaran yang aku ada agar rakan2 seperjuangan aku tidak kebelakang. Kami sama2 menuntut. Mencari ilmu abadi. Agar destini anak bangsa aku tetap dipelihara kini.

Aku anak ledang 1017, meminta pengampunan semua. Jika terkasar bahasa, maaf kupinta. Tujuan coretan kali ini, hanyalah untuk membuka mata sendiri dan rakan2. Bukan untuk kepentingan diri supaya diri orang lain terancam dan diganggu-gugat. Aku ingin membuat satu konklusi di sini, rakan2ku, bangsa melayu kian mundur dengan pendidikan. Dengan pendidikan lah melayu akan kembali ke posisi sebenar untuk mengorak langkah dan mengembalikan zaman kegemilangan melayu. Jangan diturutkan hati dengan sejarah lama, pulihkan segera sejarah hitam agar tak bisa ia selubungi hati setiap anak melayu yang mengatakan melayu itu lemah. Berikan lah diri sendiri satu tamparan, kerana melayu pada satu masa dahulu adalah yang terhebat di pelusuk dunia. Gembiralah kita jika pendidikan bangsa melayu kembali teguh. Melayu takkan hilang di dunia, itu kata aku.