Monday, 3 February 2014
Saturday, 1 February 2014
Dont text me, It hurts.
Hari ni... hari berkurung dalam bilik.
Crying...? No lah. Just need some space, so that I can think, more wiser.
well, waiting for someone was really a big issue for me.
Especially someone special.
I was waiting for her since yesterday. Is she important?
yes. I hope that I can forget her. I really hope.
The wind from the outside enters my room.
It felts so cold, I dont know whether me or the wind that blow
The chill crawling deep into my spine.
Ini bukan lah satu statement kecik hati dari aku.
Cuma aku nak ingat kan... Jangan permainkan hati aku.
Aku nampak keras/kuat/tak berputus asa, tapi sebenarnya tidak.
Macam mana aku boleh dapat sabar ni, kenapa aku tak pergi jauh dari kau?
Kenapa aku masih bersama dengan kau. Kau kene faham kenapa.
Jangan hampakan perasaan aku. Aku cakap jangan!
Siapa kau itu tak penting, tapi hati aku, jaga dia, dia macam kaca.
Aku tunggu dari semalam. Setiap jam aku hantar whatsup aku kat kau.
Agar kau tahu yang aku ingat kat kau. Lemah ke aku ni...
Aku tak benci kau, tapi hari ni kau buat aku menangis.
Sebab aku tak tahan. Sakit. Kau tak tahu sebab kau takda perasaan.
Kau bagi perasaan kau kat aku. Aku emosi hari2. Kau tak tahu.
Lain kali jangan sentuh hati aku!! Jangan dekati aku! Aku nak kau baca!
Tinggalkan aku senyap, jangan bagi aku berasa ketiadaan kau, pergi lah kau, pergi.
Terima kasih. Kau satu memori yang sangat menyesakkan dada.
Friday, 26 April 2013
Jauhi Aku.
Aku jenis pengimbau masa lalu. Aku tersenyum. Itu yg selalu bermain di fikiran aku.
Perkara yang dahulu buat aku gembira, akan aku ungkit di kotak minda aku. teruk?
Aku rasa perkara begini boleh membuatkan aku terus hidup. Memori begini yg menghilangkan apa yg ada dalam benak aku.
Cukuplah pada hari ni, aku rasa gembira. Gembira bersama memori aku. Facebook taman permainan aku dahulu. sekarang tidak, banyak sampah di sana sekarang.
#kembalikan ketidakpunyaperasaan aku!
Saturday, 20 April 2013
Tolong Aku.
Antara aku meninggalkan dan melupakan. tak sanggup. berat. Aku perlukan seseorang untuk bawa aku dari kegelapan ni. Aku tak mampu berbuat apa2. Setiap palit kata... seperti pisau. Aku hanya bertanya, Aku ditohmah. Aku melampau. melampau. dan melampau. Aku tiada ketidakpuashatian, never. Esok aku seorang. Aku harap aku okay keseorangan ni. Aku ingin jadi seperti dulu. aku berpaling kebelakang, jangan. =(
Mana petunjuk aku. Mana arah aku. Mengapa aku di sini. Apa tujuan aku? sedih. sedih. aku sedih. aku menggeletar sejuk kembali. menangisi kata2 yg mencucuk aku dari depan. Aku janji aku tak ganggu kau. aku janji! maafkan aku. manusia bisa melakukan kesilapan. manusia bukan maksum macam malaikat. aku sentiasa tersengaja membuat orang patah hati. tapi kali ni, aku ditempat patah hati. Allah. selamatkan aku.
Terpinggir
Setiap hari berfikir, pertelingkahan "keluarga", kenapa terjadi. Bila diri diketepikan rasa nya bagaimana ya? satu badan menggeletar, dunggu dan seperti mayat hidup yg inginkan kasih sayang. Ya! kasih sayang Allah no 1. manusia? mana? aku berfikir adakah karna aku tak punya wang? karna aku seorang yg perongos? penting diri? hei semua! aku diketepikan sekarang, dan aku rasa situasi bagaimana orang meminggirkan aku.
tak berfikir panjang. babaknya seperti begini;
aku rasa diri aku melayang2. aku lapar. bila di tanya manusia, menu apa hari ni, aku jawab tak tahu. dengan harapan, agar manusia memberi aku sesuap nasi, cukup la rasa diri dihargai. tapi perkara ini mendapat jawapan negatif. aku tak ada rasa. kosong. cukup kosong. dalam ramai2 orang di situ, jiwa aku kosong. aku dipinggirkan. sorang. ya! aku sorang di dalam keramaian.
babak yang ini lebih rasa diri dah terbuang, mungkin aku;
"anak pungut".
hanya Allah tahu perasaan aku ditinggalkan. diketepikan. mungkin korang rasa aku emosi, tapi ini aku, bukan kau.
nampak kelibat manusia memilih waktu. aku berlari ke sana. oh... membeli. ya, mereka membeli tanpa ada aku. sebab?
aku tak mampu. sebab aku tak punya wang. sebab aku dipungut sahaja.
aku berkata, aku ingin juga sama seperti manusia ini, tapi wajah mereka berubah. seperti tidak suka,menjauh. manusia ini meletakkan kembali barang yg ingin dibeli, meninggalkan aku. ya! aku ditinggalkan lagi. sebab aku sampah. mungkin... sampah berharga. manusia tak menghargai aku. sebab? aku papa. dan aku juga kedana.
"menggigil sejuk"
aku rasa dunia aku kelam. mungkin disebabkan aku dipilih,menjadi pilihan terakhir. pilihan yg paling tidak bijak untuk didampingi. IM USELESS. aku rasa aku seperti kain, bilamana sampai usia, kain buruk tempat terakhir di jumpai. aku meneruskan langkah. aku berkata dalam hati, aku guna duit sendiri. tak meminta sesiapa untuk memberi duit pada aku. Ya ! aku berdosa kerna menyebabkan manusia2 ini gagal mencapai misi mereka sebentar tadi. aku kejam? atau mereka?
berfikir...
aku bukan manusia yg sentiasa tidak berpuas hati. manusia seringkali menganggap aku hipokrit. pada pandangan manusia, aku boleh digunakan selagi boleh dipakai. aku tak lunyai. aku boleh diketepikan kerna aku keseorangan. tak mengapa. aku terbiasa.
diam...
Saturday, 12 January 2013
Dia, Perasaan atau perasan.
never learned a lesson. itu lah dia yg sebenarnya, selalu membiarkan hatinya terhiris, pendamkan dan asyik memikirkan perkara yang luar dari otak dia. selalu berada dalam dunia sendiri sehingga ramai orang yg membenci. tak mengendahkan perasaan orang lain dan selalu perasan dia betul, orang lain salah. kerana itu, dia kene bersendirian, jangan kawan dengan sesiapa, dan jangan kenal sesiapa. biarkan dia hidup dengan dunia dia yg takda siapa peduli. itu je jalan terakhir. dia yg sangat arrogant. sombong. jahat. kurang ajar. bongkak. tak kenang budi. penyibuk. parasit. sampah. pelik. selfish. bila orang benci, sendiri tak tahu. hidup dalam keadaan di benci. tanak berganjak selagi tak dimarahi. itu lah si dia. seorang budak yg **** . membiarkan diri berada diawang-awangan. mengharapkan diri diberi perhatian. sangat jahat. tak pernah kalah, sentiasa nak menang. ingat diri itu seorang yg bagus dalam segala-galanya...tak patut berkawan dan ada kawan. kejam.
dia yg menyesakkan dada semua orang. selalu buat orang nak marah dia. dan menyukainya apabila dia dimarahi. apabila dimarahi, sedih, dan menjauhkan diri. apabila pedih, menyendiri. apabila dibiarkan, keseorangan. dah biasa. sentiasa macam tu. biarkan seperti itu. senyap.
sepatutnya, dia tak perlu ... mempunyai siapa2 dalam dunia ni. sebab dia dah biasa bersendiri. kekurangan dia, berkawan, percaya, parasit. suka jadi kuli , dan suka dibuli. sentiasa diejek dan membiarkan diri diejek. meneruskan hidup dengan ejekan manusia. belajar mengejek manusia, apabila menyedari yg diri ini telah belajar untuk mengejek orang. lemah semangat tapi berkeinginan untuk memberi orang semangat. selalu down dan rasa diri tak dihargai.
menangis? sudah menjadi perkara rutin. yalah! manusia ni lemah. manusia ini sahaja. yg berkata2. ditinggalkan, semua, seseorang, biasa... parasit ini hidup, berdamping dengan manusia lain. memang tak patut berkawan. buang masa.
biar pekak, biar buta, biar bisu. tak layak. tak layak punya sesiapa.
Saturday, 1 December 2012
It's Normal To Be Left Alone.
-Normal Alone. One will think its crazy things to do. but I'm getting used to it, it happen since i was a child.
-I always wrote what i feel. because i don't know how to express it through my speech. I can talk in silent.
-When u walk,drive,eat, and do everything alone.... some One is watching, He always with us. I always remind it to myself.
-Literally, 24 hours... He never sleep.
-SO, to paint the picture clearly and beautifully.... Allah SWT is always with me wherever i go.
- Bismillahirrahmanirrahim... Ya Allah Ya Tuhan-ku.... Aku berlindung daripada sifat malas, dan bakhil. Ya Rabbi, aku seorang hamba-Mu yg lemah sentiasa dalam keadaan hati yg binggung mencari cahaya-Mu. Jangan lah Kau pesongkan aku setelah Kau memberi ku petunjuk. Ya Allah Ya Rahman , bimbing lah aku ke jalan yg benar. Jangan Kau biarkan aku bersendirian kerana Aku selalu merasa tidak senang,aku hanya membiarkan diri ini sukar untuk didekati orang. Ya Rahim... limpahkanlah Rahman dan Rahim -Mu kepada ku, kaum keluarga ku, kawan2 ku, dan kaum2 muslimin dan muslimat terutama dia palestin dan tempat2 dimana para penegak Islam sedang bejuang untuk Agama Mu Ya Allah.Amin....
Monday, 8 October 2012
Ketidakpuashatian Noktah.
people call it NORMAL. nak cari rezeki kene awal pagi. Pi stadi kat
Kebodohan melampau. =(
Some said, kebodohan itu bukan dari gene keturunan kita ni. sebab kita ni malas, so bodoh la kita ni. nampak tak orang bawak kereta kat terengganu ni??? sape yg perasan , (ke aku sorang je yg nampak kejadian ni) orang kat terengganu ni, drive kereta perlahan kat lane kanan, iaitu lane laju. wattahek? rasa macam nak langgar je kereta dorang. sometimes kan, yg buat jam kat jambatan sungai terengganu tu, bukan sebab ada crane berhenti situ tau, tapi DORANG BAWAK "LAJU" sangat! LOL.
Nasi minyak for breakfast.
The best thing in the morning is breakfast meal. kat terengganu ni, korang akan kenyang perut on the weekdays. sebab dorang masak delicacies. not FOOD. nasi dagang is the most favourite food that i loved. kat area Kg atas tol, simpang masjid pengadang baru. got a nice mouth watering food. kat atas bukan main nasi minyak , saje je. ada kekeliruan identiti. sesetangah masak MANIS sangat lauk, tak berapa nak suka la. so kena cari kedai yg elok2 skit.
tata. aku ade test statistics. =( i'm not feeling happy.
Saturday, 6 October 2012
Anak- anak kecik yg comel.
secara maknawi, kita ni bila tengok budak kecik / baby automatically perasaan kasih tu mesti hadir walaupun kita akan buli dorang selepas kita sayang dorang. (hehe.... tkda la buli mana pun). Sekarang ni aku dah ada 4 orang anak buah. DAN AKU BANGGA. =peace=
Kenapa wujud manusia yg tak sayang bayi comel?
Even Nabi Muhammad SAW pun sayang akan anak2 kecil, ni kita ni... siapa kita pada mata yg Maha Esa yg tak mampu nak beri kasih sayang pada budak2 kenit ni.
Well, aku hanya boleh bagi assumption sahaja pasal keTIDAKPERIMANUSIaan manusia.
1- tekanan hidup dari segi family and ownself.
2- duit duit duit di mana kau duit
3- rasa macam bayi tu menyusahkan hidup (=_=)'
4- merasakan hidup dia dah sempurna, tapi lepas bayi tu lahir,rasa macam menyusahkan je bila ada bayi tu
5- Rasa macam dia bagus sebab dia lagi besar dan kuat than the baby.
6- dan banyak lagi assumption aku fasal perkara SERIOUS ni.
Aku cukup tak leh terima bila, MAK NGAN BAPAK yg BERZINA, tapi anak yg kene target. Suppose to be mak bapak dia yg kena sebat. bukan anak. ANAK LUAR NIKAH TIDAK BERDOSA.
AKU ULANG LAGI SEKALI, bagi semua faham.
ANAK LUAR NIKAH TIDAK BERDOSA.
Sobsobsob. sedih tau... Kenapa mak ayah dia takleh fikir ek bila dorang nak melakukan dosa besar ni. TAK TAKUT ALLAH ke??
Kes buang anak, kes campak bayi dari tingkat atas, kes bunuh bayi, kes tinggalkan bayi kat surau, kes belasah bayi, kes buang bayi dalam tong sampah.... kenapa senang sangat buat budak kenit yg tak berdosa macam ni?
aku macam tak leh fikir ngan otak aku yg macam ostrich ni. LOL~
If you like babies, please support them. bagi didikan agama yg cukup. supaya kat akhirat nanti, dia jadi salah seorang peghuni syurga.
Mak bapak yg open minded, biarkan anak remaja terlepas pi mai pi mai bkepit ngan jantan bukan mahram. whatthehek? rasa macam nak libas je punggung sendiri. (aik? apa kena mengena ngan aku?). please parents out there, anak perempuan bila dah berkeliaran, susah nak cari rumah nak balik. =P (im serious)
Mungkin siapa yg baca artikel ni salah seorang yg kenal aku, mungkin starting dari skola atau matrik atau u... but then, semua orang akan berubah. I'm one of those who change. Aku sayang Allah, Aku sayang Nabi Muhammad dan aku sayang AGAMA aku.
![]() |
| that is me! LOL. I mean the person on the CERMIN. |
Sibuk buat statistics, nak test da Isnin ni. tata.
Thursday, 6 October 2011
Seeds of Discipline: Excellence Is a Habit
Habits begin as offhand remarks, ideas and images.
And then,
layer upon layer,
Through practice
they grow from cobwebs into cables that shackles or strengthen our live.
Habits are like submarines.
They run silent and deep.
First we make our habits,
then our habits make us.
Habits are like a comfortable beds
They are easy to get into,
But difficult to get out of.
Winning and Losing are both learned habits.
-DENNIS WAITLEY-
P/s: Its been two weeks at terengganu. feels awkward when i tried to suit myself with the environment, weather,foods,social lifestyle and etc..
Wednesday, 14 September 2011
Tersenyum melihat langit.
“dulu,
masa kita kecik kecik.
bila kita malukan mak ayah kita,
bila kita menjerit kuat kuat di tengah orang ramai.
bila kita melenting membentak bentak di kaki jalan.
bila kita jatuhkan barang dipasaraya.
bila kita pecahkan barang dikedai.
mak ayah tak pernah pula kata kita bukan zuriat mereka.
diaorang tak pernah kata, kau bukan anak aku.
tapi hari ini.
bila mak ayah kita datang melawat kita.
bila mak ayah kita tak sempurna.
bila pakaian mak ayah kita tak bergaya.
bila kita rasa mak ayah kita buruk,
kita malu mengaku,
itulah ayah dan bonda kita.
kenapa?
hargailah ayah dan bonda.
tanpa mereka, bagaimana kita mungkin ada?”
P/s: Bila dah hilang apa yg kita ada dan sayangi,
meratapi perkara yg telah kita lakukan
adalah perkara yg sia2.
Nasihat untuk diri sendiri
Hablum minAllah, Hablul minnas...
Monday, 29 August 2011
takda kena mengena.
1- weh, tak payah raya. kau tak puasa full
2- lahhhh~ ramadhan pun kau tak raikan bebetul, toksey pikir raya laaa
3- banyak barang tak beli, takpa la raya sempoi
4- banyak dosa sangat... kenapa!!!!
5- kalau kau raya, badan kau kembang, makan tu makan ni. baik puasa.
6- duh~ you are soooo boring. benci tengok muka kau benci!!!!
P/s: tarawikh tadi, ramai muslimah jugak la yg hadir. best. cuma aku nak tidur juga. tapi aku gagahkan.. aku tak la makan banyak masa iftar tadi, aku bantai meehooonn je.
P/s2: rasa tak layak da kawan ngan siapa2. sebab diri ni memang tak layak. baik jauhkan diri. betul la cakap shiemilionaire..baik diam.
P/s3: hidup tak semestinya indah. laluinya dengan rasa... WOW factor...
selamat hari raya, maaf zahir dan batin, taqabballah minna wa minkum.
Monday, 1 August 2011
Am I the Black sheep In my family?
P/s: solat sunat tarawikh kedua memberi makna bila mak ikut bersama dengan adikku. <3
YA ALLAH YA TUHANKU, SEMOGA RAMADHAN YANG PENUH BARAKAH INI MEMBERI SERIBU KEINSAFAN KEPADAKU UNTUK MENJADI MUSLIMAH YANG SENTIASA MENGINGATIMU. PERUBAHAN YANG AKU LAKUKAN TERHADAP DIRIKU INI KUBERDOA SENTIASA KONSISTEN DAN MENINGKAT. YA RAHMAN YA RAHIM, AKU MEMOHON AKU DIRIKU, KELUARGAKU, KAUM KERABATKU, DAN KAWAN2 KU SENTIASA BERADA DI JALAN FISABILILLAH. ROBBANA AATINA FIDDUNYA HASANAH WA FIL AAKHIRATI HASANAH WAQIKANA AZABANNAR. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.
Tuesday, 12 July 2011
Sunday, 10 July 2011
sleep.

p/s: salah aku jugak makan daging kambing. kene hujan ketika buat catering di tengah2 district chow kitt ni. roadblock segala dan aku bukan orang bersih.
Wednesday, 6 July 2011
The Good Luck Girl
day 8: ten of your favourite songs
A- Andrea Bocelli feat Christina Aguilera –somos novios
B- A fine frenzy- almost lover
C- Babyface –Drama, Love & relationship
D- Babyface- The loneliness
E- Pierce the veil – Stay away from my friend
F- Radiohead – creep
G- Damien rice – the Blower’s Daughter
H- Baek Ji Young/ Hyun Bin –That women/ That man
I- The script – The Man who can’t be moved
J- Dygta – tetap milikmu
P/s: lagu faveret ni cam putus cinta je kan. padahal takda pakwe/boifie dan segala macam jenis teman lelaki kat dunia ni
Monday, 4 July 2011
red hot emotional day.
RED HOT EMOTIONAL DAY
Anger. This habit should fade away when I don’t feel like to do anything. I hate myself when I can’t control my inner self. I have one way to calm this pressure to lower. It’s hid myself inside the room and play guitar or laid myself on my bed while listening to the music roll. That’s why I said, I’m an unpredictable person. I feel free to get away and walk away from people because I can get eye sore and become more unpredictable. This brain is malfunction , have problem to send its signal to my bodeyhhhh… (~-~)V
Arina 1: kau tak rasa kau patut chill out?
Arina 2: yeap, I’m chilling myself inside the refrigerator.
Arina 1: why all of sudden changing to be someone else?
Arina 2: why bother to ask?
Arina 1: just asking. Chill out.
Arina 2: takde ayat lain nak guna dah. Chill out this word out from this world.boleh?
Arina 1: jom tengok transformer?
Arina 2: I have better plan to sort of.
Arina 1: what is it?
Arina 2: gunung ledang heckyeah!
Arina 1: how about your family decision?
Arina 2: I don’t care sebab aku pergi sana pun bukan nak bergembira, I have my own mission, GPMS.
Arina 1: GPMS?
Arina 2: iyalah, GROWUP PEOPLE MAKE SENSE (GPMS)
Arina 1: Are you trying to kid me?
Arina 2: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung lah!!!
Arina 1: oh right.
Arina 2: selagi orang tak tahu apa yg kita buat, baik senyap. Maybe aku lurus orangnya, tapi…
Arina 1: aku nak cari ilmu dengan kawan2 GPMS aku kat sana.? Is it?
Arina 2: takkan takda tempat lain?
Arina 1: ADE!!! TAPI SELALU TAK DIBERI PELUANG. ORANG YANG KENA BUANG MACAM AKU PATUT KENA BUANG MASYARAKAT MACAM PENAGIH DADAH! BOLEH AKU CAKAP CAMTU? NI YANG AKU RASA! ****!
Tak rasa ke aku ni sarcastic? Siapa arina 1 and arina 2? Orang yang sama dan tak tahu nak gali kubur sendiri sudah. Seorang perempuan yang hidup dengan dunia dia sendiri.
P/s: penagih dadah pun sekarang dapat peluang KEDUA no no maybe berpuluh2 kali peluang untuk hidup semula? Aku ade buat dosa besar ke sampai orang tak boleh terima kebodohan ni? There is a saying; jangan jadi orang berfikiran negative, tapi cuba pikir on the other side, apa salah aku sampai orang dah tak boleh percaya aku boleh buat semula? I got this one friend of mine; she told me a story, real one about her teacher who took exam STPM several times because she failed. At last, she managed to overtook her fear and become successful. Can somebody please be possible and have faith in what I do?
Every time, aku nak pakai stoking, orang pandang aku. “ekh boleh ke minah ni pakai stoking? Bukan ke koyak nanti stoking tu,dah la gemuk macam ayam suntik. Er, aku takut la nak tengok dia pakai stoking tu”. Well, hello! Ni stoking aku. Suka aku lah nak pakai ke tak? Nak kena makan penampar, mai sini. Aku dah bersedia 21 tahun yang lepas. Get off from my feet dumbass. Thank you. Sayonara ~-~
Thursday, 30 June 2011
day 7: ten important people (it will change accordingly)
A- My parents
B- My siblings
C- Tayar
D- Ned
E- Kedek2
F- Dahlia Fernandez
G- Aisyah naemah
H- Tan Pooi Sze
I- Irfan
J- Ayam katik sexy
Wednesday, 29 June 2011
Nose bleed dan merepek.
Aku tak tahu kenapa tiba2 teringat pasal kisah ni. Dalam hidup, pernah saja kena hidung berdarah ni. Tapi masa sekolah dulu, kerap berlaku. Tak kisah pun mungkin kurang minum air atau terlalu penat dan tak cukup tidur. Ha.. ni memang aku. Dah makin dewasa ni, semakin malas. Kalau dulu rajin baca buku akademik, sekarang suka baca English novel whether its fiction or non-fiction. Merepek satu.
Masa aku sekolah dulu, aku suka tengok pesakit I mean student dalam bilik sakit lepas habis skolah. Aku melawat la konon. Alahai, mana tak kenal. Dalam hostel ade 3 blok perempuan. Kalau tak kenal, bukan peramah namanya. Lagipun, aku ada jawatan dalam asrama puteri (aspuri) tu. Bahagian akademik, mampu ke aku? Hehe… alahai jadi biro akademik apa aja tanggungjawab …. Jaga junior prep , jangan bagi dorang bising masa prep and check dorm ade tak dorang ponteng. Isk.. berbalik pada hidung berdarah ni. I dislike it sebab habis kotor baju. Aku dah la malas basuh baju , nasib baik ada mesin basuh. Salah satu sebab kenapa aku selalu habis duit poket mak aku bagi seminggu rm100. Macam busu (my aunty) pegang rm50 untuk makan minum aku kat jasin and also makan lunch aku masa skola rm50. Aku tak erti nak manage duit aku. Merepek dua.
Now , nose bleed dah tarak, maybe life aku sekarang lebih teratur dari dulu and less stress. Ahh~ lupa. Aku stress sebab orang yg rapat dengan aku. Dan kerap cederakan diri aku sampai aku Nampak darah baru aku stop. Masa hayat aku ni, aku cerita pasal kisah aku kat kawan rapat yg aku boleh percaya. Mampu ke mereka simpan?? Patutnya biarkan saja masa lampau aku ni vanish. Tetibe menyesal cerita kat orang lain. Adeh! Aku lagi suka mendengar dari bercerita sekarang,a live one. Tu wujudnya blog. Tulis lagi best dari cakap. Yeke? Merepek tiga.
Masa sekolah pun selalu je naik van pi hospital jasin. Hehe… suka ke aku pi hospital ni? Lepas kelas, I went to that hospital to get a pill coloured brownish and tube pill red in colour(PILL PILL BEGINI YG BUAT BADAN KAU GEMUK ARINA OI). Oh~ pil tambah darah. Takda la teruk mana pun anemia aku. Semua orang ade anemia, sama ada teruk atau tak je. Sama lah juga dengan resdung. Macam aku Tanya doctor, ade satu part kat dalam badan aku (aku lupa apa nama dia) tak dapat nak serap iron dalam makanan yg aku makan. So, aku ade iron-deficiency. Nanti aku cerita kenapa pula aku dapat iron-deficiency ni, I read it somewhere maybe reader’s digest. Ha! Asalkan aku dapat sports everyday , aku tak kisah. And muka aku selalu pucat and bibir aku memang tak boleh blah lesi. I never told about my condition to my dorm-mates. Tu yang aku cakap, tak bahaya pun. Somehow, pitam tu ada. Tapi aku kan hebat, mesti dapat kawal. Nama pun nur arina, cahaya kecergasan. Kalau tak cergas, bukan aku la tuh. Merepek empat.
Kat matrik. Aku beli vitamin named vita***. Satu merah satu hitam. Alahai, nak ganti pill yg gemukkan badan aku. So, makin lama, aku jadi sihat. Somehow, aku manusia dan tak sempurna… so malas nak makan ubat sebab aku tahu aku dah okay. Ada one day tu, aku memang pitam dan nak mampus, so aku pergi lah cari satu junior ni, aku dapat tahu dia ada kes anemia sebab dia pernah pengsan somewhere in matrik ade orang beritahu aku. Before that, aku memang nak kawan dengan dia pun sebab dia budak special. Hiiihii… aku pergi bilik dia and mintak ubat (how rude! Tapi macam aku dah tak tahan and sangat tak betul at that time) mungkin sebab aku stress kat matrik dulu. Like I thanked her. Dia terus bagi ubat and Tanya aku ok ke tak. Of course tak okay. Lepas tu, aku shoot pi blok A1. Tempat tu tempat stadi aku and memang takda orang pun nak lepak sana. Aku terbaring semput and tak Nampak apa pun gelap kelam semua ada. Dalam 5 minit tu, farrah datang sebab aku ade call dia cakap nak air. Boleh pulak aku nak nangis time tu tapi macam tak bising la, aku lagi suka nangis macam tu dari orang dengar. Makan ubat and fall asleep dalam 1 jam. Tadaaaaa~~!!! Dah okay sikit. Boleh plak lepas pitam tu nak belajar. Haikh… pukul 2 pagi baru balik bilik sendiri. Merepek lima.
well, lepas matrik memang dah okay. Duduk shah alam. Nothing went wrong, selalu letih walaupun tak sports sangat. Memang jarang sports. I don’t know kenapa selalu letih and also feels dizzy. Tapi aku jenis macam concern yang tak berapa nak pay attention. Cepat dehydrate and bibir pucat lesi. Dah trademark, so aku tak peduli semua tu dah. Tapi kalau waktu belajar aku memang macam dari sekolah lagi from 8pm till 2am. Aku akan melekat kat dalam bilik stadi. Ohhh~ aku jenis perempuan yg tak erti duduk diam and selalu nak tukar environment. So senarai tempat aku stadi ialah library fac engineering (PTAR 4), tempat letak parkir motor, bilik prep A1, kawasan lepak aras aku,bilik kawan2 satu kelas, susur gajah kolej mawar and KFC seksyen 7. Paling lama aku pernah stadi 8pm sampai 5am. Damn! Kenapa aku rasa aku sia2kan hidup aku? Jawapan aku ni, dah ni nasib kau terima aja lah whether it is good nor bad. Merepek enam. SEKIAN~
P/S: I’M WAITING . STILL WAITING. TUNGGU NI MEMENATKAN YA ALLAH. AKU BERDOA AGAR APA YANG AKU HARAPKAN INI MENJADI SATU KENYATAAN. AKU BERJANJI JIKA AKU DAPAT PELUANG NI, AKU TAKKAN LEPASKAN DAN PASTIKAN IA BERJAYA SAMPAI AKHIR HAYAT. CUKUPLAH SEKALI.. DAN CUKUPLAH SEKALI AKU RASA MALU TERAMAT KAT DIRI AKU. CUKUP CUKUP.. (EMO LA NI) HERM… BULAN SEPTEMBER SILA DATANG CEPAT AKU TUNGGU. AKU NAK TAHU ARAH TUJU AKU LEPAS NI.
