Monday, 27 June 2011

wanita dan tabarruj.

Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.

Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung.

Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.

Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang samada ia menarik perhatian ataupun tidak.
Dalil tentang perkara ini adalah;

زينتهن من يخفين ام ليُعْلَم بأرجلهن يضربن ولا
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [TMQ An-Nur (24):31].

Seseorang wanita itu dilarang untuk berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatian kearah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu, berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Kesimpulan: Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang.

Oleh itu, berpakaian walaupun dengan cara yang dibenarkan tetapi menarik perhatian seperti yang diterangkan diatas, adalah Tabarruj dan dilarang. Ini hanya boleh diketahui dari keadaan dan realiti persekitaran dimana wanita tersebut tinggal dan untuk mengetahui kebiasaan disana tidak sukar kerana komuniti – lelaki dan wanita boleh menilai dan mengetahuinya.

Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, dimana seseorang wanita itu dilarang untuk membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian. Allah Subhanahu wa Taala berfirman :

الآية… لِبُعُولَتِهِنَّ إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]

مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ

kecuali yang (biasa) nampak daripadanya” bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, pernah bersabda,

إالمفصل لى ويداها وجهها لاإ منها يرى أن يصلح لم حاضت إذا الجارية إن
Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan” [Riwayat Abu Dawud]

Oleh yang demikian, menurut dalil-dalil yang diberi, seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya. Inilah kewajipan untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Allah Subhanahu wa Taala berfirman;

جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ
Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” [TMQ Al-Nur (24) : 31]
yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja.


Oleh: Sheikh Ata ibn Khaleel Abu al-Rashta
Sumber: Islamic revival

Saturday, 25 June 2011

paksa memaksa

yeap! i like to force myself like in everything that i do. i'm getting used to it.

day 6: ten items you can’t live without

A- My phone Hazel

B- Laptop Luncai

C- C-40 guitar

D- Books

E- ATM card

F- My pillow and comforter

G- My 2011 diary & diaries

H- The giraffe with variety colour of neck

I- Pen

J- Earphones

Bismillahirrahmanirrahim


Subhanaka innikun tuminazzolimin. Once Twice in a life time He gives me another chance to live well in a straight path. I hope I won’t let this go away from me. I learnt slowly, forever. Thanks Q; I got a friend who can share her knowledge of Islam. Again, like I said, this earth is too tired to circulate on its own orbit.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat. Maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api." [Hadis Riwayat Tirmizi]

It’s true according to the hadith when we’re too busy to do everything in one day, it seem that we can’t get enough of the time. =)

SEGERA TINGKATKAN AMAL SEBELUM DATANG FITNAH BESAR

عن ابى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : بادروا بالأعمال الصالحة , فستكون فتن كقطع الليل المظلم يصبح الرجل مؤمنا , ويمسى كافرا , ويمسى مؤمنا ويصبح كافرا , يبيع دينه بعرض من الدنيا . رواه مسلم

Dari Abu Hurairah r.a katanya : Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “ Segeralah melakukan amal soleh , kerana akan terjadi fitnah besar bagaikan malam yang sangat gelap .

Akan berlaku sesaorang itu mukmin pada sebelah pagi , menjadi kafir pula pada sebelah petang , ada pula yang mukmin sebelah petang menjadi kafir pula pada pagi esoknya , dia menjual agamanya dengan kemewahan dunia “ .

Sahih Muslim

Wallahu a'lam...

P/S: Bismillahillazi layadurruma’asmihi syai’un fil ardi wala fissama’ih wahuwassami’ul ‘alim. Astaghfirullahal’azim.

Allah tak memerlukan kita, kita yang memerlukan-Nya

Hadis Imam Nawawi

Hadis Ketigapuluh Lima

Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya. Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' "


Thursday, 23 June 2011

Selamat Hari Lahir Rawiah =)

Happy 21st Birthday Cik Rawiah Razak.

Kau dah boleh mengundi dah. Heee~ Been thinking how you’ve been at your work place. Aku tahu kau enjoy diri kau kat sana. =) kau boleh adapt dengan situasi sebab kau dah dewasa.

I hope:

1) Cita2 kau tercapai (nak kaya kan? Kau ade cakap kat aku. Tatahu lah dah tukar ke belum)

2) Kau boleh kalahkan aku bila kau bertekak dengan aku. Sebab aku selalu menang.

3) You’re happy always with you loved one.

4) You can always be a good friend of mine. =)

5) Kau kawen cepat and aku boleh panggil kau makcik. Agagaga…

6) Kau dapat jumpa aku and kita boleh hang out sama.

7) We can be what we used to be.

8) You can explore everything that you want.

9) Teruskan kelembutan kau sebab kau taktahu nak ganas pun, aku belasah kau ngan bantal pun kau tak bagi respond. Takut ke ngan aku? Dahulu mungkin. Aku kan bengis. Bahahha!!!

10) Just have fun with your life and don’t stop keep in touch.

P/s: kering kering kering. Dompet kering. Nak beli beg hiking, sape nak jual deuter kat aku? Bebel sorang-sorang pun tak guna. So, jalan la minah… pi downtown ke,search kat mudah.com ke… nak basikal jugak. Senang sket nak pi mana2 tak payah nak isi minyak. Kurus pun kurus. Sihat pun sihat. Eco-friendly lagi tu. So apa apa??! Maigok, tengah tulis something pasal kau rawi. Tetibe macam berkumandang lagu HUJAN-kau pejak hatiku lagi. Cool~

day 5: ten wishes

A- I wish I had everyday the same day when I’m happy and laughing.

B- I wish I have a lot of money to spend and keep for myself

C- I wish I can always hang out with my close friends and family

D- I wish I can be someone important in life of a _________.

E- I wish I can continue my studies until I bearable to breath.

F- I wish my stomach is full because I’m hungry at this hour (1.38 a.m.)

G- I wish I can vanish my fear towards my life

H- I wish YOU are here with me.

I- I wish I can be wherever I want when I think of it

J- I wish my life is great and full of good surprise.