never learned a lesson. itu lah dia yg sebenarnya, selalu membiarkan hatinya terhiris, pendamkan dan asyik memikirkan perkara yang luar dari otak dia. selalu berada dalam dunia sendiri sehingga ramai orang yg membenci. tak mengendahkan perasaan orang lain dan selalu perasan dia betul, orang lain salah. kerana itu, dia kene bersendirian, jangan kawan dengan sesiapa, dan jangan kenal sesiapa. biarkan dia hidup dengan dunia dia yg takda siapa peduli. itu je jalan terakhir. dia yg sangat arrogant. sombong. jahat. kurang ajar. bongkak. tak kenang budi. penyibuk. parasit. sampah. pelik. selfish. bila orang benci, sendiri tak tahu. hidup dalam keadaan di benci. tanak berganjak selagi tak dimarahi. itu lah si dia. seorang budak yg **** . membiarkan diri berada diawang-awangan. mengharapkan diri diberi perhatian. sangat jahat. tak pernah kalah, sentiasa nak menang. ingat diri itu seorang yg bagus dalam segala-galanya...tak patut berkawan dan ada kawan. kejam.
dia yg menyesakkan dada semua orang. selalu buat orang nak marah dia. dan menyukainya apabila dia dimarahi. apabila dimarahi, sedih, dan menjauhkan diri. apabila pedih, menyendiri. apabila dibiarkan, keseorangan. dah biasa. sentiasa macam tu. biarkan seperti itu. senyap.
sepatutnya, dia tak perlu ... mempunyai siapa2 dalam dunia ni. sebab dia dah biasa bersendiri. kekurangan dia, berkawan, percaya, parasit. suka jadi kuli , dan suka dibuli. sentiasa diejek dan membiarkan diri diejek. meneruskan hidup dengan ejekan manusia. belajar mengejek manusia, apabila menyedari yg diri ini telah belajar untuk mengejek orang. lemah semangat tapi berkeinginan untuk memberi orang semangat. selalu down dan rasa diri tak dihargai.
menangis? sudah menjadi perkara rutin. yalah! manusia ni lemah. manusia ini sahaja. yg berkata2. ditinggalkan, semua, seseorang, biasa... parasit ini hidup, berdamping dengan manusia lain. memang tak patut berkawan. buang masa.
biar pekak, biar buta, biar bisu. tak layak. tak layak punya sesiapa.
orang mengira hari berjumpa dia, telah lama hilang. tiada.
sementara dia masih bermimpi, dia hidup sama. orang yang sentiasa memberi
semangat, lesap, dia hidup dengan memori lama. dia tak mahu padamkan. dia
sendiri subur bersama mimpi itu. biarkan. orang yang kepingin untuk berjumpa
dia, telah lama mati, tapi dia masih hidup bersama kenangan. kenangan itu
memberi dia satu nyawa. nyawa yg mengejut dia dari tidur, dan mainan tidur dia.
biarkan juga. itu lah dunia dia. memandang kebelakang adalah satu rutin harian.
alat permainan. indah. taman bercanda dia , apabila runsing.
takda semangat.