Saturday, 1 February 2014

Dont text me, It hurts.


Hari ni... hari berkurung dalam bilik.
Crying...? No lah. Just need some space, so that I can think, more wiser.
well, waiting for someone was really a big issue for me.
Especially someone special.

I was waiting for her since yesterday. Is she important?
yes. I hope that I can forget her. I really hope.

The wind from the outside enters my room.
It felts so cold, I dont know whether me or the wind that blow
The chill crawling deep into my spine.

Ini bukan lah satu statement kecik hati dari aku.
Cuma aku nak ingat kan... Jangan permainkan hati aku.

Aku nampak keras/kuat/tak berputus asa, tapi sebenarnya tidak.
Macam mana aku boleh dapat sabar ni, kenapa aku tak pergi jauh dari kau?
Kenapa aku masih bersama dengan kau. Kau kene faham kenapa.

Jangan hampakan perasaan aku. Aku cakap jangan!
Siapa kau itu tak penting, tapi hati aku, jaga dia, dia macam kaca.

Aku tunggu dari semalam. Setiap jam aku hantar whatsup aku kat kau.
Agar kau tahu yang aku ingat kat kau. Lemah ke aku ni...
Aku tak benci kau, tapi hari ni kau buat aku menangis.

Sebab aku tak tahan. Sakit. Kau tak tahu sebab kau takda perasaan.
Kau bagi perasaan kau kat aku. Aku emosi hari2. Kau tak tahu.
Lain kali jangan sentuh hati aku!! Jangan dekati aku! Aku nak kau baca!

Tinggalkan aku senyap, jangan bagi aku berasa ketiadaan kau, pergi lah kau, pergi.
Terima kasih. Kau satu memori yang sangat menyesakkan dada.


Tuesday, 24 December 2013

Tentang Semua.


                Hati mencerminkan hakikat seseorang itu bertindak. Contoh riak muka, perlakuan, percakapan etc... Jika hati berkeladak, sifatnya mesti negatif. Jika hati bersih dan suci, sifatnya mesti positive.

Anda yang mana satu?

 Fikir sahaja yang positif, jangan bertindak mengikut perasaan. dalam pandangan mata kasar, gerak hati itu dari pemikiran. tetapi dari sudut mata halus, ia datang dari syaitan. menggoda anak adam agar sentiasa dalam marah, benci, iri hati, dengki, tak puas hati etc.


                Tentang semua...

itu semua hadir dari hati. percaya pada diri agar sentiasa berfikiran kanan. Kita ada Allah. Allah sentiasa menjaga kita. Allah tahu segala yang berada di dalam isi hati kita. Sentiasa berdoa, untuk mendapat hati yang bersih dan hidup sentiasa tenteram. tanpa doa, kita akan hidup tunggang langgang dan sentiasa mencari kesalahan orang.
                            
                

Tuesday, 14 May 2013

Kerana Si celaka.



Semalam. Malam. Dan juga, semalam. Petang. Syaitan hasut.
Aku tak berani mengeluarkan kata-kata. Masuk bilik dengan kelajuan seekor kambing... aku tutup pintu perlahan-lahan.

Harapan Aku: tiada orang mengetahui aku menyorok menangis dalam bilik.

*aku tak pernah kata family mu celaka. dont ever talk to me that way. u cant never replaced my good memories with my friend. NEVER!

Friday, 26 April 2013

Jauhi Aku.




Ya Tuhan... aku hanya mampu tersenyum. Aku gembira hari ni Ya Tuhan.

Trima Kasih. Aku juga bersedih hari ni. Aku bawa perasaan aku bersama2 aku.
Aku jenis pengimbau masa lalu. Aku tersenyum. Itu yg selalu bermain di fikiran aku.
Perkara yang dahulu buat aku gembira, akan aku ungkit di kotak minda aku. teruk?
Aku rasa perkara begini boleh membuatkan aku terus hidup. Memori begini yg menghilangkan apa yg ada dalam benak aku.
Ya Tuhan, aku tahu Kau Maha Mengetahui isi hatiku. Aku hanya boleh mencoretkan apa yg aku lalui. Tiada manusia mendengar dan menilai. tiada. hilang...

Cukuplah pada hari ni, aku rasa gembira. Gembira bersama memori aku. Facebook taman permainan aku dahulu. sekarang tidak, banyak sampah di sana sekarang.

#kembalikan ketidakpunyaperasaan aku!

Saturday, 20 April 2013

Tolong Aku.




Antara aku meninggalkan dan melupakan. tak sanggup. berat. Aku perlukan seseorang untuk bawa aku dari kegelapan ni. Aku tak mampu berbuat apa2. Setiap palit kata... seperti pisau. Aku hanya bertanya, Aku ditohmah. Aku melampau. melampau. dan melampau. Aku tiada ketidakpuashatian, never. Esok aku seorang. Aku harap aku okay keseorangan ni. Aku ingin jadi seperti dulu. aku berpaling kebelakang, jangan.
=(
Mana petunjuk aku. Mana arah aku. Mengapa aku di sini. Apa tujuan aku? sedih. sedih. aku sedih. aku menggeletar sejuk kembali. menangisi kata2 yg mencucuk aku dari depan. Aku janji aku tak ganggu kau. aku janji! maafkan aku. manusia bisa melakukan kesilapan. manusia bukan maksum macam malaikat. aku sentiasa tersengaja membuat orang patah hati. tapi kali ni, aku ditempat patah hati. Allah. selamatkan aku.

Tak berfikir panjang




hari ni salah faham lagi. aku ke yg penting diri atau dia? mana pergi sifat kemanusiaan yg dulu diuar2kan pada aku? hilang, lama sudah. aku dipinggirkan,tanpa memikirkan status kelapangan aku. Mampu ke aku? sekarang aku disiat2. selepas ini dikoyakkan. takda perikemanusiaan. aku nak perkatakan aku wujud, tapi di mana sudut aku nak teriak? takda. tiada. bodoh sungguh manusia ini. ciri-ciri manusia yg suka menindas, aku dah nampak.